Oleh pada 01 Nov 2021 kategori
sihir 698

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  
Sihir merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2021 (bukan adaptasi novel) gandingan pelakon Kamal Adli dan Hun Haqeem sebagai teraju utama.
  
Episod 1 drama bergenre seram ini bakal ke udara pada 1 November 2021 di saluran Astro Ria bagi menggantikan siri TV, Malaysian Ghost Stories.
  
sihir astro ria

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

   

Sinopsis

Mengisahkan Hud (Hun Haqeem) dan Nuh (Kamal Adli), pasangan adik beradik kembar yang dibesarkan di rumah anak yatim.
  
Mereka dikurniakan kelebihan deria keenam yang membolehkan mereka menyelesaikan kes-kes berkaitan sihir membabitkan orang di sekeliling, menerusi bayangan dan alamat awal yang diterima.
  
Nuh sering mendapat petanda dalam mimpi mengenai apa akan berlaku pada masa depan, manakala mata Hud pula terbuka hijabnya untuk melihat alam ghaib yang terlindung daripada mata kasar.
  
Ketika mereka mempersoalkan asal usul sebenar mereka, mereka didedahkan kepada beberapa kes sihir yang berlaku dalam masyarakat sekeliling.
  
Membantu mangsa-mangsa sihir ini membuatkan mereka semakin dekat dengan jawapan yang dicari selama ini mengenai siapakah identiti mereka yang sebenar-benarnya.
    
  
sihir episod

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

  

Pelakon / Cast

Penampilan aktor Kamal Adli dan Hun Haqeem sebagai bintang utama, dengan turut diserikan pelakon Farah Ahmad, Fiza Thomas, Zarul Husin (Umbrella), Ellyas Abdullah, Ifa Raziah, Afiq Rahem, Dr. Katalina, Faha Azhar, Zarynn Min, Sharifah Shahora, Dilla Ahmad dan Mak Wan Ju (Mak Wan Latah).
  
  

Watak Pelakon

Kamal Adli sebagai Nuh
Hun Haqeem sebagai Hud
  
sinopsis sihir

Kredit foto: Instagram Michael Ang

     

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Arahan bersama Michael Ang, Kamal Adli, Hun Haqeem dan Azmir Affendi⁠ ini merupakan sebuah karya terbitan produksi Juita Viden Sdn Bhd dan mendapat sentuhan daripada panel penulis skrip terdiri daripada Nadia Khan⁠, Michelle Yoon⁠, Rahim Ramli⁠, Qawiem Hamizan⁠ dan Mamu Vies⁠.
    
drama sihir

Kredit foto: Instagram Michael Ang

  

Waktu Siaran

Tayangan 20 episod bermula 1 November 2021, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 11 malam di saluran Astro Ria (CH 104).
  
Tonton episod penuh secara online di aplikasi Astro Go dan platform On Demand. Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama
  
  
Sumber:
    


Hakcipta iluminasi.com (2017)