Kredit foto: Instagram Erynne Erynna

     

Erynne Erynna merupakan antara pelakon yang mula menceburi lapangan seni lakonan sejak di awal usia kanak-kanak.

Beliau pernah menjadi antara pelakon cilik berbakat yang menyerlah sebelum aktiviti seninya bergerak perlahan sekaligus menenggelamkan namanya apabila peralihan usia.

Ketika era kegemilangan, penangan wataknya dalam filem Congkak dan Damping Malam membuatkan dirinya dilihat antara yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai pelakon pelapis dalam industri drama dan perfileman tempatan.

Terkini, beliau bakal membuat kemunculan semula dengan memegang peranan dalam drama bersiri terbaharu arahan Liyana Jasmay yang berjudul 'The Gadis' di mana ia dijadualkan menemui peminat drama melayu melalui slot Lestary TV3.

The Gadis antara lain menampilkan Yuna Rahim, Fatin Afeefa, Syafie Naswip, Hun Haqeem dan ramai lagi.

     

Biodata

  • Nama sebenarnya, Syazlynne Erynne binti Abdullah.
  • Menggunakan nama komersial, Erynne Erynna.
  • Kelahiran Pekan, Pahang pada 17 April 1996.
  • Berumur 24 tahun (2020).
  • Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon dan pengacara.
  • Aktif sebagai anak seni sejak tahun 2004.
  • Antara drama dibintanginya seperti Terasing, Mencari Syurga, Duranni dan Aku Mahu Ke New York.
  • Pembabitannya di layar perak menerusi filem Congkak, Damping Malam, Cinta dan 8 Jam.

     

Foto

erynne erynna

instagram erynne erynna

drama the gadis

wikipedia erynne erynna

erynne erynna terkini

erynne erynna kahwin

Kredit foto: Instagram Erynne Erynna

     

Video

Kredit video: Erynne & Afify ( The Nikah & Wedding Day )

     

Sumber:

1. Wikipedia Erynne Erynna

2. Erynne Erynna Belum Pernah Dirasuk

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)