Kredit foto: Instagram Siti Elizad

   

Pelakon Siti Elizad bukanlah nama baharu dalam industri hiburan tanah air. Malah pembabitannya sebagai anak seni bermula di sekitar era 90-an menerusi TV Pendidikan iaitu stesen televisyen pendidikan milik Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Beliau memegang beberapa peranan filem terkenal menerusi Berlari Ke Langit, Gangster, Lembing Awang Pulang Ke Dayang dan Coverina.

Malah beliau turut merealisasikan impian untuk dikenali sebagai penyanyi menerusi penyertaan dalam pertandingan Asia Bagus 1998 dan program realiti Gempak Superstar 2016.

   

Biodata

1. Nama penuhnya, Siti Elizad binti Mohamad Sharifuddin. Popular sebagai Siti Elizad dan Elizad Sharifuddin.

2. Lahir pada 25 Mei 1984 di Kuala Lumpur, Malaysia. Kini berusia 35 tahun.

3. Anak bongsu daripada lima orang adik-beradik yang juga merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga.

4. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

5. Merupakan pelakon, pengacara, penyanyi, model dan penyampai radio yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1994.

6. Memulakan kerjaya seni sebagai pelakon kanak-kanak di usia 10 tahun. Sewaktu itu wajahnya menghiasi TV Pendidikan, stesen televisyen pendidikan milik Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau seangkatan dengan Nasrizal Ngasri, Anne Ngasri, Zul Huzaimy, Shaheizy Sam, Zizie Ezette, Lisa Surihani dan Liyana Jasmay yang popular sekitar 90-an.

7. Pernah berhenti berlakon buat sementara waktu kerana ingin komited menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

8. Popularitinya kembali meledak selepas kemunculan semula menerusi filem Berlari Ke Langit arahan Bade Hj. Azmi yang turut menampilkan bintang filem terkemuka, Rosyam Nor, Fasha Sandha dan Hasnul Rahmat.

9. Lain-lain filem lakonannya seperti Gangster, Rock, Main-Main Cinta, Cinta Yang Satu dan Kolestrol vs Cinta.

10. Pembabitannya di layar kaca, antaranya menerusi drama Adnan Sempit the Series, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Dia Isteri Luar Biasa, Papa Ricky dan Puteri Yang Ditukar.

11. Termasuk telefilem Bersalji Di Kuala Lumpur, Puisi Sedih Al-Kitab, Rasuk, Kampung Kuala Lambat dan banyak lagi.

12. Dalam kerjaya nyanyian, beliau pernah melibatkan diri dalam pertandingan Asia Bagus 1998 di Singapura sewaktu berusia 14 tahun.

13. Malah dia turut menjejakkan ke uji bakat program realiti, One In A Million musim ketiga pada 2008.

14. Bakatnya dalam bidang muzik akhirnya diiktiraf apabila dinobatkan sebagai juara rancangan realiti TV, Gempak Superstar siaran Astro Ria pada 2016.

15. Mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

     

Foto

siti elizad suami

siti elizad kanak kanak

elizad sharifuddin

instagram siti elizad

siti elizad

 Kredit foto: Instagram Siti Elizad

   

Video

Kredit video: Elizad Sharifuddin - Haiyaya (OST Encik Suami Mat Salih Celup)

   

Sumber:

1. Wikipedia Siti Elizad

2. Siti Elizad Cuba Tunai Hasrat Ibu

3. Elizad Juara Gempak Superstar

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)