Kredit foto: Instagram @neeraazizi

     

Biodata

1. Nama sebenarnya, Nurazneera binti Azizi. Dikenali sebagai Neera Azizi.

2. Kelahiran Bandar Melaka, negeri Melaka pada 11 Julai 1998.

3. Membesar di Kuantan, Pahang.

4. Berusia 21 tahun.

5. Merupakan pelakon, model dan penyanyi yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.

6. Kakaknya, Zeera Azizi juga terbabit sebagai pelakon dan penyanyi.

7. Pernah muncul menerusi single bergenre pop jazz berjudul 'Rasa Hati' ciptaan B-Heart.

8. Antara drama dibintanginya seperti Cinta Tangkap Muat, Sayangku Kapten Mukhriz, Patahnya Sebelah Sayap, Suri Hati Mr. Pilot, Miss Kapten Cikgu Waiz dan Andainya Takdir 2.

9. Termasuk telefilem Cik Sayur Encik Seafood dan Cik Celah Bedah.

10. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Musyrik arahan Arjin Uppal.

11. Bergelar model dalam video muzik nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Menatap Dalam Mimpi dan Izzmad Harun berjudul Bulan Bintang.

      

Fakta Menarik

  • Beliau asalnya menanam cita-cita ingin menjadi juruterbang ketika di bangku sekolah. Namun sewaktu itu juga dia mula aktif di pentas teater termasuk menjayakan aktiviti seni.
  • Pembabitannya dalam dunia hiburan bermula selepas terpilih di uji bakat telefilem Cik Sayur Encik Seafood.
  • Rupa parasnya dikatakan mirip usahawan selebriti, Nur Sajat.
  • Peminat nombor satu pasukan bola sepak negara.
  • Pernah menimbulkan kontroversi gara-gara menyanyi ‘sumbang’ di program Malaysia Hari Ini (MHI) pada tahun 2018.
  • Pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Erwin Dawson.

      

Foto

biodata dan latar belakang pelakon neera azizi 2

biodata dan latar belakang pelakon neera azizi 4 698

biodata dan latar belakang pelakon neera azizi 5

biodata dan latar belakang pelakon neera azizi 6

biodata dan latar belakang pelakon neera azizi 3 322

Kredit foto: Instagram @neeraazizi

      

Video

Kredit video: Youtube Buletin TV3

      

Sumber:

1. Wikipedia

2. Harian Metro [1, 2, 3, 4]




Hakcipta iluminasi.com (2017)