Oleh pada 14 Apr 2021 kategori

Kredit foto: Instagram TV Okey

'Kelmarin Cinta' yang menggandingkan pelakon Shukri Yahaya, Reen Rahim, Intan Ladyana, Sharifah Husna dan Aishah Azman merupakan sebuah drama bersiri televisyen Malaysia 2021.

Diarahkan oleh Jamal Khan dan disiarkan di saluran TV Okey (RTM) mulai 13 April 2021.

sinopsis kelmarin cinta

Kredit foto: Instagram TV Okey

Sinopsis

Azhar (Shukri Yahaya) baru pulang dari New Zealand. Bapanya ingin menjodohkannya dengan sepupunya, Milah (Intan Ladyana).

Taufik (Azri Sabri) pula jatuh hati dengan Wan Nur (Reen Rahim), namun cintanya tidak berbalas oleh gadis itu.

   

Milah yang menyimpan perasaan terhadap Taufik, mengatur rancangan untuk menukarkan gambarnya dengan Wan Nur sewaktu ibunya meminta dia mengirimkan gambar kepada bapa Azhar. 

        

kelmarin cinta episod

Kredit foto: Instagram Sharifah Husna

Pelakon

Menampilkan lakonan Shukri Yahaya, Reen Rahim, Intan Ladyana, Sharifah Husna, Aishah Azman, Liza Abdullah, Irfan Danial, Yasmine Aurora, Emelda Rosmila, Azza Elite, Jasmin Hamid, Amir Nafis, Azri Sabri, Faizul Syaharin, Anne Abdullah, Halmey Hamdah, Zaefrul Nordin, Zaidi Omar dan Hafidzuddin Fazil.

Baca: Biodata Shukri Yahaya

Baca: Biodata Reen Rahim

Baca: Biodata Intan Ladyana

Baca: Biodata Sharifah Husna

Baca: Biodata Aishah Azman

drama kelmarin cinta

Kredit foto: Instagram TV Okey

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya Cinema Stage Production Sdn Bhd dengan menggunakan khidmat Jamal Khan (Khan Mancung) sebagai sutradara.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Official OST Kelmarin Cinta

Tajuk: Kelmarin Cinta

Penyanyi: Aepul Roza & Mimie Haris

Komposer: Amy Nawari

Penulis lirik: Amy Nawari

kelmarin cinta tv okey

Kredit foto: Instagram Cinema Stage Production

Waktu Siaran

Saksikan 26 episod siri Kelmarin Cinta mulai 13 April 2021 di saluran TV Okey (Astro 146 / Myfreeview 110) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam.

Juga boleh strim di laman sesawang dan aplikasi RTM Klik.

Kredit video: Opening Montage Kelmarin Cinta

Kredit video: 10 APR 2021 – SPM - DRAMA BERSIRI RAMADAN : KELMARIN CINTA

Sumber:

1. TV Okey

2. RTM Klik

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)