Biodata

1. Nama sebenarnya, Mohd Shukri bin Yahaya. Dikenali sebagai Shukri Yahaya.

2. Lahir pada 13 Jun 1988. Kini berusia 31 tahun (2019).

3. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

4. Merupakan pelakon dan penyanyi.

5. Mula membabitkan diri dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

6. Anak kelima daripada enam beradik.

7. Bakatnya dikesan oleh sutradara terkemuka, Osman Ali yang bertanggungjawab memperkenalkan namanya di layar perak menerusi filem Jiwa Taiko.

8. Lain-lain filem dibintangi Shukri ialah Sembunyi: Amukan Azazil, Lari, Ular dan Surf This Love: Gelora Juara.

9. Juga drama Juvana, Gemersik Kalbu, Sahabat, Asmara Luna, Menjinak Ombak, Jika Itu Takdirku, Asam Pedas Untuk Dia, Dia Isteri Luar Biasa, Cik Cinderella Dan Encik Tengku, Suami Tanpa Cinta, 7 Hari Mencintaiku, Hantu Punya Bos, Andainya Takdir, Tiada Arah Jodoh Kita, Andainya Takdir 2, Vila Ghazara, Asalkan Dia Bahagia dan banyak lagi.

10. Termasuk telefilem, antaranya Utusan Ilahi, Di Telapak Kaki Bonda, Alamak 7 Hari Lagi, Mawar Putih Tanda Perpisahan, Selempang Kuning, Abang Beduk, Janji Hati, Rasuk, The Berlian Job, Jongkong, Matilahnak dan Rengkat.

11. Pemegang trofi Aktor Pilihan dan Pasangan Pilihan (bersama Siti Saleha) untuk drama 7 Hari Mencintaiku di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-4 dan kategori Antagonis Pilihan - drama Andainya Takdir di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-5.

12. Sebagai penyanyi, beliau pernah merakamkan single Tak Pernah (duet bersama Fathia Latiff) untuk OST drama Dia Isteri Luar Biasa dan Gua Tarak Goyang (bersama Bee.Ru), OST filem Surf This Love: Gelora Juara.

13. Mendirikan rumah tangga dengan Tya Adnan pada November 2015 dan sehingga kini perkongsian hidup mereka dikurniakan Aaira Ameena sebagai cahaya mata sulung pada 2016.

      

Baca: 10 Fakta Pelakon Shukri Yahaya Yang Ramai Tak Tahu!

       

Foto

biodata shukri yahaya pelakon drama asalkan dia bahagia 2

biodata shukri yahaya pelakon drama asalkan dia bahagia 3

biodata shukri yahaya pelakon drama asalkan dia bahagia 4

biodata shukri yahaya pelakon drama asalkan dia bahagia 5

biodata shukri yahaya pelakon drama asalkan dia bahagia 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Harian Metro

4. Instagram Shukri Yahaya

5. Youtube The Globalist




Hakcipta iluminasi.com (2017)