Biodata

Nama penuh: Doria Rachel Jolly 

Umur: 30 tahun (2018) 

Asal: Miri, Sarawak, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon dan pengacara televisyen

Media sosial: Instagram @doriaracheljolly 

Fakta Menarik

1. Anak sulung daripada tiga adik-beradik.

2. Beragama kristian.

3. Mempunyai Ijazah dalam bidang Undang-Undang, Universiti Hertfordshire, London.

4. Pernah berkhidmat sebagai pengurus akaun dengan perolehan pendapatan yang lumayan.  

5. Menduduki tangga ketiga dalam pertandingan Ikon Siarawan 2016, tewas di tangan Nur Jaziedah Zulkifli yang dinobatkan sebagai juara, diikuti Andy Reza Rohadian Khairul Anwar di tempat kedua. Ikon Siarawan merupakan sebuah program realiti pencarian bakat baharu dalam bidang penyiaran yang diterbitkan RTM. Menerusi kemenangan itu, Doria meraih ganjaran wang tunai RM10,000.

6. Seawal karier dalam dunia penyiaran, beliau pernah dibayar hanya RM200 seminggu.

7. Menyifatkan dirinya seorang yang gemar bercerita, menulis, membuat penyelidikan dan berjumpa dengan orang yang mana kriteria itu lebih sinonim dengan dunia penyiaran dan kerjaya sebagai wartawan, namun sehingga kini rezekinya lebih berpihak dalam bidang lakonan.

8. Mengakui tidak mempunyai asas dalam seni lakonan. Hanya belajar dengan banyak bertanya kepada pengarah dan pelakon lain.

9. Antara drama yang pernah dibintanginya ialah Isteri Tuan Ihsan, Papa Ricky, Ketika Daun Berzikir, Ku Kirim Cinta, Syurga Yang Kedua, Melankolia, Cinta Bukan Kristal dan Seribu Rindu.

10. Akui tidak begitu arif dengan dunia hiburan tempatan kerana kurang mengikuti perkembangan semasanya. Beliau hanya mengenali pelakon Maya Karin, Fasha Sandha dan segelintir sahaja pelakon popular lain. Namun Doria mengagumi bakat Deanna Yusuf.

Foto

biodata doria rachel jolly pelakon drama seribu rindu 2

biodata doria rachel jolly pelakon drama seribu rindu 3

biodata doria rachel jolly pelakon drama seribu rindu 4

biodata doria rachel jolly pelakon drama seribu rindu 5

biodata doria rachel jolly pelakon drama seribu rindu 6

         

Kredit:

1. Sinar Harian

2. Mstar

3. Azhan.co 

4. Instagram Doria Rachel Jolly




Hakcipta iluminasi.com (2017)