hh

Kredit foto: Instagram Nidza Afham , Facebook Nidza Afham [1 , 2] , X (Twitter) Nidza Afham

       

Siapa Nidza Afham? Muhammad Nidza Afham Mokhtar, lebih dikenali dengan nama pentasnya Nidza Afham, adalah seorang penyanyi 'BBNU' Malaysia. Bakat suaranya mula diperhatikan menerusi rancangan permainan muzik misteri, I Can See Your Voice Malaysia Musim 3.

       

Biodata

Nama penuh: Muhammad Nidza Afham bin Mokhtar

Nama komersial: Nidza Afham

Umur: 23 tahun (2024)

Tarikh lahir: 5 Jun 2001

Asal: Shah Alam, Selangor

Keluarga: Anak kelima daripada tujuh orang adik beradik

Pendidikan: Jurusan Sports Management daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

Pekerjaan: Penyanyi, Youtuber, Personaliti Media Sosial

Instagram (IG): @nidzaafham

Tiktok: @nidzaafham_

       

Latar Belakang

1. Nidza Afham lahir sebagai anak kepada pasangan Mokhtar Mahmud (bapa) dan Irni Yusmira (ibu).

2. Perjalanan muziknya mula dikesan apabila dia menjadi peserta dalam rancangan realiti I Can See Your Voice Malaysia Musim 3, yang mana dia tampil bersama adiknya, Aufahanie Mokhtar.

3. Selain daripada keterlibatannya dalam program realiti, Nidza juga terkenal di media sosial menerusi lagu-lagu cover yang dinyanyikannya.

4. Salah satu momen gemilang dalam kerjayanya ialah ketika nyanyian semulanya untuk lagu Rindu Setengah Mati oleh D'Masiv tular di platform YouTube, mencapai tontonan lebih 6.5 juta.

5. Selain daripada menjadi artis solo, Nidza turut meneroka dunia muzik sebagai sebahagian daripada trio bersama Razmansyah dan Afiq Adnan. Trio ini memperkenalkan single pertama mereka berjudul ‘OY’, sebuah karya hasil ciptaan istimewa oleh komposer terkenal Sharon Paul dan Ezra Kong.

6. Lagu-lagu yang pernah direkodkan oleh Nidza ialah Ternyata Bukan Aku, Tambah Satu Lagi?, OY (bersama Razmansyah, Afiq Adnan), Bayangan (bersama Razmansyah, Afiq Adnan) dan Aidilfitri (bersama Razmansyah, Afiq Adnan, Riev Wafa).

       

Fakta Nidza Afham

1. Dia mempunyai ketinggian sekitar 175 sentimeter (cm) dan berkulit sawo matang.

2. Adiknya, Aufahanie juga seorang penyanyi yang pernah bertanding dalam rancangan Big Stage Musim 5 pada tahun 2023 dan Vokal Mania pada 2020.

3. Pada penghujung 2023, dia mengalami kecederaan serius pada ligamen krusiat anterior (ACL) akibat asakan dalam perlawanan bola sepak.

4. Kini, dia menjalani kehidupan dengan bekerja bersama abang sulungnya, sambil terus aktif secara separuh masa di media sosial dalam mengejar karier nyanyian.

        

Kronologi Kehilangan Nidza Afham

1. Pada 13 Ogos 2024, Nidza meninggalkan rumahnya di Bandar Puteri, Klang, sekitar pukul 7.45 petang, menuju ke Stadium Sultan Suleiman, Klang dengan menaiki perkhidmatan e-hailing untuk jogging. Ketika itu, dia mengenakan jersi berwarna hitam atau biru gelap dengan nama "APAM, 56" tertera di bahagian belakang.

2. Dia kali terakhir dapat dihubungi sekitar pukul 9 malam pada hari itu. Teman wanitanya ketika itu cuba menghubunginya, namun panggilan itu tidak berjaya disambungkan.

3. Dengan rasa cemas, kekasihnya menggunakan aplikasi 'Find My iPhone' untuk mencari lokasi terakhir Nidza dan mendapati bahawa dia berada di Jambatan Kota, berhampiran dengan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

4. Risau dengan situasi itu, keluarga Nidza segera menuju ke kawasan Jambatan Sungai Klang. Pada pukul 1.50 pagi, mereka bersama dua orang lelaki lain terus mencari Nidza di sekitar kawasan itu. Di hujung jambatan, mereka menemui telefon dan dompetnya yang terletak dengan rapi.

5. Di dalam dompet, mereka mendapati kad pengenalan dan kad pelajarnya masih ada, namun kad debit dan wang tunai telah hilang.

6. Menurut kakaknya, selepas memeriksa telefon bimbit Nidza, tiada sebarang petunjuk yang menandakan dia terlibat dalam sebarang pertelingkahan atau membuat pinjaman dengan ceti haram.

7. Selepas itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Klang.

8. Pada 14 Ogos 2024 di sebelah petang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang. Lelaki itu ditemui dengan pakaian berwarna gelap yang tertera nombor 56, sama seperti yang dipakai oleh Nidza ketika dia keluar dari rumah pada malam sebelumnya.

9. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, kemudiannya mengesahkan bahawa mayat lelaki dewasa yang ditemui itu adalah Nidza Afham.

       

Baca: 10 Fakta Yang Ramai Tak Tahu Mengenai Penyanyi Aufahanie, Adik Nidza Afham

Baca: Biodata Penyanyi Aufahanie, Adik Kepada Nidza Afham

       

Foto

muhammad nidza afham

nidza afham age

artis nidza afham umur

afham hilang

nidza afham mokhtar

mayat nidza afham

nidza afham meninggal dijumpai

nidza afham wikipedia

nidza afham hilang

afham

penyanyi nidza afham

Bersama adiknya, Aufahanie

nidza afham

nidza afham songs

Trio dianggotai Nidza

lagu nidza afham

Adik-beradik Nidza

aufahanie 11185

Bersama Aufahanie

nidza afham rindu setengah mati

Bersama ibunya. Kredit foto: Instagram Nidza Afham , Facebook Nidza Afham [1 , 2] , X (Twitter) Nidza Afham

       

Video

Kredit video: Rindu Setengah Mati - D'Masiv (Cover by Nidza Afham)

        

Sumber:

1. Mayat di Sungai Klang sah Nidza Afham

2. Singer Nidza Afham missing after jogging in Klang

3. Pemuda meraung tengah padang, lawan main kasar sampai ligamen koyak! Hadiah tiada, tapi merana sakit lepas main bola

4. X Efahanie

5. Instagram Aufahanie

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)