Kredit foto: Instagram Nuha Bahrin

    

Casablanca, lagu ciptaan Daqmie dan Wan Saleh yang mendapat sentuhan penulisan lirik oleh Daqmie bersama Abdulkarim Al Ali mencipta sejarah apabila menjadi lagu tempatan pertama yang paling viral dengan menduduki tangga teratas carta Spotify Viral 50 Global dan Spotify Viral 50 Indonesia.

   

Keindahan muzik dan seni lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi Nuha Bahrin dan Naufal Azrin ini bukan sahaja menjadi siulan peminat hiburan tanah air, malah turut mendapat sambutan daripada pencinta muzik dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

    

nuha bahrin umur 49

Kredit foto: Instagram Nuha Bahrin

Iluminasi membawakan 10 fakta menarik tentang Nuha Bahrin, pemilik lagu berusia 22 tahun dan berasal dari Rawang, Selangor.

10 Fakta Nuha Bahrin, Penyanyi Lagu Casablanca - Yang Ramai Tak Tahu!

nuha bahrin 112

Kredit foto: Instagram Nuha Bahrin

    

1. Nuha merupakan anak ketiga dalam kalangan adik beradiknya dalam keluarga.

keluarga nuha bahrin 731

Kredit foto: Instagram Nuha Bahrin

    

2. Nyanyian Nuha di pentas Vokal Mania 2020 (TV3) sebelum ini menjadi trending susulan insiden ‘terkucil’ ketika menyampaikan lagu Kekasih Awal Dan Akhir yang dipopularkan oleh Datuk Jamal Abdillah.

3. Nyanyian semula lagu-lagu Arab oleh Nuha di aplikasi TikTok telah menarik perhatian ramai pada tahun 2021. Antara lagu 'cover' Arab popular yang dinyanyinya termasuklah Enta Eih, Ya Tabtab dan Talking To The Moon X Fi Hagat.

nuha bahrin casablanca

Kredit foto: Instagram Nuha Bahrin

    

4. Nuha berkata, dia sudah lama meminati lagu Arab yang dipengaruhi oleh minat ibunya.

casablanca 565

Kredit foto: Instagram Nuha Bahrin

     

5. Antara faktor kebolehannya menyampaikan perkataan Arab dengan baik adalah kerana pengalaman belajar mengaji, namun masih dalam proses pembelajaran menyebut perkataan Arab dengan lebih sempurna.

casablanca nuha

Kredit foto: Instagram Nuha Bahrin

      

6. Mampu menguasai bahasa Sepanyol selain bahasa Arab adalah satu lagi kelebihan.

7. 'Casablanca' dikatakan memberi sedikit unsur melodi 'vibe' penyanyi Waheeda hingga berjaya menarik minat pendengar generasi hari ini.

8. Amalan berselawat menjadi rahsia Nuha untuk mengatasi rasa gemuruh sebelum memulakan persembahan pentas.

naufal azrin 184

Kredit foto: Instagram Nuha Bahrin

    

9. Dalam karier nyanyiannya, dia mengambil inspirasi daripada penyanyi Malaysia, Yuna yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) sebagai idolanya dalam bidang muzik.

10. Nuha kini menyambung pelajaran dalam jurusan pemasaran di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan.

Untuk biodata asas Nuha, baca artikel berikut: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Nuha Bahrin

Baca: Biodata Naufal Azrin, Penyanyi Lagu Casablanca, Gandingan Nuha Bahrin

nuha bahrin ig

lagu nuha bahrin

Kredit foto: Instagram Nuha Bahrin

Kredit video: Nuha Bahrin, Naufal Azrin - CASABLANCA (Official Music Video)

Sumber:

1. TikTok lagu Arab Nuha dapat sambutan

2. Bapa pertahan nyanyian Nuha Bahrin, anggap kesilapan perkara biasa - “Tidaklah teruk sangat... netizen yang komen pun tak tahu muzik!”

3. Kecaman buat Nuha Bahrin bangkit, selawat amalan sebelum naik pentas

4. Tak Sempurna, Nuha Bahrin sedia curi hati peminat




Hakcipta iluminasi.com (2017)