hh

Kredit foto: Instagram Reedzwann

       

Siapa Reedzwann? Reedzwann dikenali sebagai penyanyi dan komposer Malaysia yang mencipta nama dengan lagu-lagu hits yang kerap mendominasi tontonan puluhan juta di laman Youtube.

       

10 Fakta Reedzwann Yang Ramai Mungkin Tak Tahu! reedzwann wikipedia 35147 986

        

1. Nama penuhnya, Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni, berumur 24 tahun (2024) dan berasal dari negeri Perak.

        

redzwan 591

        

2. Reedzwann dilahirkan pada 7 November 2000.

         

reedzwann adakah ini mimpi 65144

        

3. Sebagai penyanyi rakaman, Reedzwann telah melakar namanya dalam industri dengan beberapa buah lagu hit iaitu Tercipta Satu Senyuman, Cinta Pandang Pertama, Adakah Ini Mimpi, Angau (bersama Aidilia Hilda) dan Pulang Raya (bersama Aidilia Hilda).

         

reedzwann kemalangan

       

Menariknya, kebanyakan lagu yang dihasilkan menerima sambutan luar biasa di YouTube, dengan mencatat puluhan juta tontonan.

       

reedzwann tercipta satu senyuman

       

4. Bapa Reedzwann telahpun meninggal dunia.

         

reedzwann 96521 464

       

5. Difahamkan, perjalanan Reedzwann dalam dunia seni tidaklah semudah disangka. Pada awalnya, hasratnya untuk menjadi penyanyi tidak mendapat restu ibunya. Malah, niatnya untuk menyertai pertandingan Idola Kecil juga dihalang.

        

reedzwann umur 36254 859

       

Ibunya lebih menginginkan Reedzwann menyertai pasukan tentera, mengikut langkah ahli keluarga yang lain yang berkhidmat sebagai anggota beruniform. Baginya, kerjaya tentera lebih menjamin masa depan anak lelakinya, manakala anak perempuan pula lebih sesuai menjadi cikgu atau ustazah.

        

reedzwann cinta pandang pertama

        

6. Sebelum mengejar impian sebagai penyanyi, Reedzwann sebenarnya bermula sebagai seorang chef. Keputusan ini dibuat selepas impiannya menjadi tentera musnah akibat kemalangan yang menyebabkan sebelah tangannya menjadi bengkok.

       

lagu reedzwann 32154

        

7. Namun, kerja kerasnya dalam dunia hiburan berbayar apabila dia berjaya meraih penghargaan di Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM 23) pada tahun 2022. Lagu popularnya, Adakah Ini Mimpi telah mengangkat namanya dengan merangkul trofi bagi kategori Lagu Nada Dering Jualan Paling Tinggi.

        

penyanyi reedzwann

       

8. Di layar perak, Reedzwann turut menyerlah sebagai pelakon dengan membintangi filem Syaitan Munafik dan siri dalam talian, Rusa After Class.

        

penyanyi reedzwann kemalangan

       

9. Mengorak langkah lebih jauh dalam bidang nyanyian, dia kembali mengisi ruang industri muzik dengan karya terbarunya. Julai 2024 menyaksikan kemunculan single berjudul 'Gambar Dan Kenangan', membawa kesinambungan dalam perjalanan seninya.

       

tercipta satu senyuman

        

10. Reedzwann kini menjadi tajuk utama media apabila terselamat daripada insiden ngeri. Pada 7 September 2024, MPV yang dipandunya terlibat dalam kemalangan tragis apabila berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak.

       

umur reedzwann 2024 reedzwan songs age

Kredit foto: Instagram Reedzwann

        

Walaupun dia selamat, namun rakannya, Nuraisyatul Humairah Mohd Radzi yang berusia 20 tahun, yang duduk di bahagian penumpang hadapan, menemui ajal di tempat kejadian.

         

Untuk lebih info mengenai Reedzwann, baca artikel: Biodata Reedzwann, Penyanyi Lagu Adakah Ini Mimpi, Kekasih Aidilia Hilda?

       

Kredit video: Reedzwann - Tercipta Satu Senyuman [Official Music Video]

       

Sumber:

1. Reedzwann masuk industri seni selepas dapat ‘green light’ ibu, takut gagal jika tiada restu

2. Kubur arwah bapa hilang, Reedzwan menangis hanya dapat jumpa batu nisan berlonggok

3. Penyanyi Reedzwann terlibat kemalangan, rakan maut

4. Instagram (IG) Reedzwann

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)