Kredit foto: Instagram Ezra Kairo , Facebook Ezra Kairo , TikTok Ezra Kairo

       

Dalam industri muzik Malaysia, nama Ezra Kairo kini dikenali ramai. Penyanyi berbakat dengan darah kacukan India dan Melayu ini memulakan kerjayanya di dunia 'underground', sebelum bakatnya menular ke arus perdana.

           

Biodata

Nama sebenar: Daniel Ezra bin Muhammad Shafiq Nichleson Abdullah

Nama komersial: Ezra Kairo

Umur: 23 tahun (2024)

Agama: Islam

Keluarga: Anak sulung daripada empat orang adik beradik

Pendidikan: Diploma Jurusan Perniagaan

Pekerjaan: Penyanyi, Komposer, Penulis lirik

Instagram (IG): @ezrakairo

Tiktok: @ezrakairo

        

Siapa Ezra Kairo?

1. Seorang pemuda yang berdarah campuran India dan Melayu, berketurunan India Muslim atau 'mamak'.

2. Sejak 2019, dia mula aktif memuat naik lagu-lagu ciptaannya di platform digital seperti YouTube, walaupun sudah mula menyanyi sejak usia 16 tahun.

3. Semasa di sekolah, Ezra kerap menyertai pertandingan nyanyian yang dianjurkan.

4. Sebelum dikenali ramai, dia memulakan kariernya sebagai penyanyi 'underground' dengan membawakan lagu-lagu yang berbahasa Inggeris.

        

ezra kairo kahwin ketinggian isteri wife 510

        

Latar Belakang

1. Pada usia tiga tahun, Ezra sudah kehilangan bapanya yang tercinta.

2. Ketika berada di tingkatan satu sekolah menengah, dia sering menjadi mangsa buli dan ejekan kerana dilahirkan dalam keluarga India Muslim, menyebabkannya berasa rendah diri disebabkan warna kulitnya yang dijadikan bahan usikan.

3. Muzik menjadi medium Ezra untuk meluahkan perasaannya, sebagai bentuk eskapisme dan cara untuk bangkit daripada kelemahan.

4. Nama Ezra mula melonjak sedikit dalam industri muzik pada Mac 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi lagu "Come Thru". Dengan bantuan TikTok, lagu ini meraih sambutan hangat hingga ke Afrika Selatan, India, Brunei, Rusia, Mauritius, Maldives, Singapura dan Indonesia.

5. Lain-lain lagu yang pernah direkodkannya ialah: Anak Helang (bersama Saixse, DMA Islam), Hold Me, OMK / Oh My Kadhle (bersama Zubir Khan), It’s Over, Benar, Kau Tiada, Lose (bersama Alan D), Don't Go, Losing Interest, Kinrara (bersama Dalia Farhana), Leave Me, Outta My Mind (bersama Alan D), Hanya Kamu (bersama Alan D dan Amir Hasan), Wait For Me, I Can't, Straight Line, Heartbreaks, Not Waiting dan FWB (bersama Caeleb Doughty).

        

Fakta Menarik

1. Ezra berkolaborasi dengan Zubir Khan menerusi lagu "OMK (Oh My Kadhle)", sebuah lagu dwibahasa yang menggabungkan Bahasa Tamil dan Bahasa Melayu. Lagu ini mencapai lebih 1.9 juta tontonan di YouTube dan pernah menjadi trending nombor satu di carta digital. Ia juga menerima sambutan hangat daripada komuniti Melayu dan India di Malaysia, dengan lirik ditulis oleh Ezra dan Zubir Khan, manakala komposernya merupakan gandingan Ezra, Zubir Khan, Mingaling dan Lucidrari.

2. Ezra juga terkenal dengan lagu cover bersama Nuha Bahrin menerusi lagu berbahasa Arab bertajuk ‘La’ yang asalnya dinyanyikan oleh Dystinct. Ezra dan Nuha menukar sebahagian lirik lagu tersebut ke dalam bahasa Melayu, menjadikan lagu ini lebih menarik dan menerima pujian daripada warganet.

3. Sebagai peminat tegar Ed Sheeran, Chris Brown, Faizal Tahir dan Ella, pengaruh muziknya juga datang daripada bintang seperti XXXTentacion, Chris Brown, Boyz Il Men dan Bryson Tiller.

4. Dia dikenali dengan genre muzik R&B, yang jarang dibawakan oleh penyanyi muda di Malaysia. Dia menggabungkan unsur-unsur R&B klasik dan alternatif serta hip-hop dalam karyanya untuk mencipta bunyi yang unik.

5. Bercita-cita mahu mengembangkan karier seninya ke luar negara, khususnya di Filipina di mana muzik R&B sangat diminati di sana. Dia berharap dapat bekerjasama dengan penyanyi dari negara tersebut, selain memasarkan muziknya ke Indonesia, dengan harapan dapat berkolaborasi dengan artis Indonesia seperti Rizky Febian dan Tulus.

6. Dalam bidang lakonan, Ezra pernah membintangi drama bersiri Melayu berjudul "One Million Dollar Voice" yang ditayang di slot MegaDrama, Astro Ria pada 2023.

7. Setakat ini, statusnya masih bujang dan belum berkahwin.

        

Baca: Biodata Zubir Khan, Penyanyi Lagu Yennode Macha "Macha Macha", Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

        

Foto

ezra kairo songs birthday height

omk oh my kadhale

ezra kairo

ezra kairo agama

ezra kairo wikipedia

ezra kairo umur

ezra kairo age

ezra kairo mother family

Ibu Ezra

zubir khan 28145

Kredit foto: Instagram Ezra Kairo , Facebook Ezra Kairo , TikTok Ezra Kairo

        

Video

Kredit video: Zubir Khan X Ezra Kairo - OMK (Oh My Kadhale)

       

Sumber:

1. Pernah Jadi Mangsa Buli, Ezra Kairo Jadikan Muzik Pemangkin Semangat Untuk Bangkit Semula

2. Penyanyi baharu Ezra Kairo pernah trauma jadi mangsa buli ketika di bangku sekolah

3. Ezra Kairo mahu pikat peminat Melayu

4. Spotify Ezra Kairo

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)