Kredit foto: Instagram Haikal Farid

    

Siapa Haikal Farid? Mohamad Haikal Farid Rizal atau nama komersialnya, Haikal Farid merupakan seorang penyanyi remaja lelaki Malaysia.

Bakatnya mula mendapat perhatian umum selepas kemunculan dalam rancangan realiti nyanyian, Immortal Songs yang bersiaran di saluran TV3.

   

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Mohamad Haikal bin Farid Rizal.
  • Menggunakan nama pentas, Haikal Farid.
  • Berumur 21 tahun (2020).
  • Berasal dari Shah Alam, Selangor.
  • Mendapat pendidikan di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Subang Jaya, Selangor.
  • Anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik.
  • Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi.
  • Bernaung di bawah pengurusan syarikat rakaman Rusa.
  • Antara lagu dipopularkannya termasuk Demam Cinta, Waktu Terindah dan Genggam.
  • Bakal terbit dengan single baharu berjudul Tak Terganti pada awal tahun 2021.
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama akaun @haikalfarid sehingga kini mencatatkan lebih 70,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Memulakan karier seni dengan berkongsi dendangan lagu-lagu cover di media sosial, termasuk laman Youtube.
  • Menjadikan lagu-lagu penyanyi antarabangsa, Ed Sheeran sebagai inspirasi dalam genre muziknya.
  • Pernah diangkat sebagai pemenang pertandingan nyanyian yang dianjurkan bersempena dengan tayangan filem Busker, menerusi lagu OST filem tersebut yang berjudul Atma Jiwa.
  • Pernah berentap dalam pertandingan Immortal Songs siaran TV3, malah persembahannya ketika itu mendapat pujian daripada sifu, M. Nasir.
  • Menampilkan kelainan dengan mengetengahkan genre Pop Country menerusi lagu Waktu Terindah yang pernah dirakamkannya, ciptaan kakaknya sendiri, Farhana Farid.
  • Vokalnya dikatakan iras penyanyi wanita, malah turut didakwa mempunyai persamaan dengan penyanyi Sufian Suhaimi.
  • Demam Cinta nyanyiannya pernah menghiasi drama bersiri Senafas Rindu dan telefilem Formula Cinta sebagai lagu runut bunyi.

    

Baca: Biodata Penyanyi Reedzwann

Baca: Biodata Penyanyi Aidilia Hilda

    

Foto

haikal farid wikipedia

haikal farid

haikal farid profile

haikal farid umur

haikal farid ig

haikal farid lagu

haikal farid instagram

haikal farid biodata

haikal farid tak terganti

Kredit foto: Instagram Haikal Farid

   

Video

Kredit video: OST Senafas Rindu - Demam Cinta - Haikal Farid ft Asfan Shah [Official Music Video]

   

Kredit video: Haikal Farid - Sentuhan Listrikmu | Immortal Songs (2020)

   

Sumber:

1. Haikal berani

2. Penyanyi baharu Haikal Farid belajar terima kecaman - “Orang kata suara saya macam perempuan”

3. Haikal bangkit semula dengan Demam Cinta

4. Ramai peminat wanita DM Haikal Farid nak berkenalan - “Saya balas mesej yang betul-betul sokong kerjaya seni”

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)