Kredit foto: Instagram Baby Shima

Siapa Baby Shima? Nor Ashima binti Ramli atau dikenali secara profesional sebagai Baby Shima merupakan seorang penyanyi rakaman dan pelakon kelahiran Malaysia.

Penyanyi dangdut yang mempunyai 1.6 juta pelanggan di akaun YouTubenya berasal dari Johor Bahru dan berusia 30 tahun.

Beberapa hari lalu, aksinya bergelek dalam klip video muzik bersama usahawan kosmetik Aliff Syukri Kamarzaman telah mengundang banyak kecaman.

     

10 Fakta Baby Shima, Penyanyi Lagu Baby Sayang - Yang Ramai Tak Tahu!

baby shima cerai

1. Shima, adalah anak kepada Ramli Ali (bapa) dan Zaleha Mohamed (ibu).

baby shima kahwin

   

2. Dia mempunyai enam adik beradik dan merupakan anak keempat dalam keluarganya.

   

baby shima instagram

   

3. Bakatnya diperkenalkan sebagai anak didik komposer terkenal, Edry Abdul Halim (KRU) dan penyanyi senior, Adam AF.

gambar baby shima

4. Shima sebagai penyanyi mengeluarkan beberapa lagu yang mendapat tempat di hati peminat muzik antaranya Pura Pura Bujang, Roadblock Hatiku (duet dengan kumpulan Floor 88), Tak Dapat Raya (duet dengan Floor 88), Terpisah Jarak Dan Waktu (menampilkan Sule), Makan Hati dan Main Mata.

   

video baby shima

5. Sebagai seorang pelakon filem, Shima telah membuat kemunculan dalam filem Hutang 2D pada tahun 2021 dan akan memegang watak Sara dalam filem akan datang berjudul Biko.

6. Dia telah meledak ke persada muzik arus perdana selama lebih 12 tahun kini!

   

baby shima

   

7. Dia mengamalkan Islam sebagai pegangan agamanya.

   

lagu baby shima

   

8. Dia mendedahkan bahawa dia juga mempunyai ramai saudara yang beragama Kristian termasuk datuk dan neneknya.

   

baby sayang

9. Kerjaya muzik Shima pernah merosot dengan kurang jemputan persembahan dari 2015 hingga 2016. Dia ketika itu hilang daripada perhatian industri hiburan kerana sukar untuk membina nama.

   

baby shima dan aliff syukri

   

10. Shima mendedahkan lagu terbaharunya, 'Baby Sayang' bersama usahawan kosmetik, Dato Seri Aliff Syukri akan dikeluarkan tidak lama lagi pada 17 Ogos 2022. Ia akan disertai dengan muzik video yang ditunggu-tunggu para peminat.

   

baby shima aliff syukri

Status - Shima bernikah dengan pengurusnya, Mohd Afrendie Affendy (Andy) dalam sebuah perkahwinan pada Jun 2015 hasil perkenalan lima tahun dengan suaminya itu.

    

Untuk biodata asas Baby Shima, baca artikel berikut: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Baby Shima

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Usahawan Kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri

Video

Kredit video: Dato Sri Aliff Syukri ft Baby Shima - BABY SAYANG (Official Music Video)

   

Kredit gambar: Instagram Baby Shima

    

Sumber:

1. Nak kecam saya, kecamlah – Baby Shima

2. Baby Syima akan nikahi pengurus sendiri

3. Kesabaran terbalas

4. Instagram Baby Shima




Hakcipta iluminasi.com (2017)