Kredit foto: Instagram Damia

Siapa Damia? Fathin Nur Insyeerah Damia Mohamad Khalil atau nama popularnya, Damia merupakan seorang penyanyi remaja wanita Malaysia.

Beliau antara bakat muda tanah air yang mengujakan peminat dengan kebolehan nyanyiannya.

Single sulungnya, Pasrah, menjadi antara karya yang menyentuh jiwa pendengar selain membina namanya dalam industri sebagai pemilik video muzik dengan jumlah tontonan 19 juta di laman YouTube.

Biodata

Nama sebenar: Fathin Nur Insyeerah Damia Mohamad Khalil

Nama pentas: Damia

Umur: 16 tahun (2022)

Tarikh lahir: 7 Februari 2006

Tempat lahir / Asal: Taiping, Perak

Pendidikan: Sedang menuntut di tingkatan empat

Kerjaya: Penyanyi

Instagram (IG): @damiaofficial5

Latar Belakang

1. Merupakan anak angkat kepada komposer dan penyanyi terkenal, Apak Harry Khalifah.

2. Video muzik rasmi lagu sulungnya, Pasrah, setakat ini telah ditonton lebih 19 juta kali di YouTube dan mengungguli carta trending laman popular itu, ketika ia dilancarkan.

3. Bakatnya diwarisi daripada ibunya yang sering memenuhi undangan menyanyi di majlis perkahwinan dan disebabkan Damia sering mengikut beliau membuat persembahan, mula timbul minat dalam diri.

4. Damia kemudian secara kebetulan menyertai pertandingan nyanyian di karnival anjuran RTM dan penyertaannya telah dianugerahkan tempat keempat.

5. Ketika berada di kediaman Harry Khalifah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), komposer itu menghadiahkannya sebuah lagu berjudul Pasrah yang sekaligus menjadi single pertama yang melonjakkan namanya dalam dunia hiburan.

6. Beberapa bulan lalu Damia telah terpilih menyertai program realiti Ceria Popstar Xtra 2022, namun perjalanannya dalam pertandingan nyanyian itu tidak lama apabila tersingkir pada minggu keempat dan menjadi peserta keempat meninggalkan rancangan itu selepas Zaki Yamani, Dhiyaa dan Faleeq.

7. Ceria Popstar Xtra 2022 siaran saluran Astro Ceria yang mengetengahkan bakat cilik untuk menjadi pelapis dalam industri seni tanah air pada masa hadapan turut membariskan peserta; Ahmad Zaki Yamani bin Jamal Ubaidillah atau Zaki Yamani, Dhiyaa Raidah Alisha binti Ruzaimi (Dhiyaa), Said Faleeq bin Mohd Fareez (Faleeq), Putri Nur Fadillah binti Abdul Rahim (Dilla), Zuhairah Amanina Farhanah binti Mohd Faudzi (Amani), Nur Marsha Auni Zahira binti Mohd Rizal Fuadzam (Marsha), Dania Zafirah binti Sulaiman (Dinda Dania), Ariff Hilmy bin Muhd Amir (Ariff) dan Muhamad Nur Iqnal bin Romizan (Iqmal Romi).

Fakta Menarik

1. Selain balada, genre muzik yang digemarinya juga tradisional dan jika ada rezeki nanti, dia berharap berpeluang merakam single berelemenkan muzik itu.

2. Selain mahu menjadi pelapis Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris dalam irama tradisional, dia turut mengagumi penyanyi ikonik, Ziana Zain dalam bidang seni suara.

3. Pernah menjadi mangsa pembuli siber yang menggodam akaun Instagramnya yang mempunyai seramai lebih 147,000 pengikut.

Baca: 10 Fakta Penyanyi Harry Khalifah Yang Ramai Tahu!

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Komposer Dan Penyanyi Harry Khalifah

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Mizan Harry Khalifah

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Chombi, Penyanyi Lagu Rindu Rindu Dan Sayunk I Love You

Baca: 10 Fakta Penyanyi Chombi Yang Ramai Tahu!

Gambar

damia apak

damia umur

damia pasrah

damia instagram

damia

chombi 563

Damia popular dengan lagu viral berjudul Pasrah

damia anak apak

harry khalifah 788

damia ceria popstar

anak apak khalifah

Kredit foto: Instagram Damia

Video

Kredit video: Damia - Pasrah (Official Music Video)

Sumber:

1. Hasrat menggunung Damia

2. Damia minat menyanyi lepas ikut ibu buat ‘show’ kenduri kahwin - “Semuanya bermula di rumah Harry Khalifah”

3. Damia idam lagu tradisional




Hakcipta iluminasi.com (2017)