Kredit foto: Instagram Harith Zazman

   

Siapa Harith Zazman? Mohamad Harith Saifuzzaman atau lebih dikenali umum sebagai Harith Zazman merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia.

Beliau mencipta nama menerusi single yang berjudul Stop Lah Being So Cute gandingan bersama MFMF dan Loca B.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Mohamad Harith bin Saifuzzaman.
  • Menggunakan nama komersial, Harith Zazman.
  • Berumur 26 tahun (2020).
  • Lahir pada 29 Jun 1994.
  • Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
  • Menyambung pengajian di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang pengajian filem.
  • Kini berkecimpung dalam bidang hiburan sebagai seorang penyanyi dan personaliti media sosial.
  • Merakamkan single berjudul Stop Lah Being So Cute (bersama MFMF dan Loca B).
  • Lagu Stop Lah Being So Cute dendangannya sehingga kini mengumpul lebih 8.8 juta tontonan di laman Youtube.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @harithzazman mencatatkan lebih 264,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Cukup meminati bidang seni khususnya bidang pembikinan filem.
  • Namanya pernah tular beberapa tahun lalu gara-gara ketakutan menaiki kereta kabel angkara diusik rakan.
  • Aktif berkongsi video di laman Youtube.
  • Menyertai dunia seni atas dasar cinta yang mendalam tanpa memgambil kira soal untung dan wang ringgit.

   

Info Lagu Stop Lah Being So Cute

  • Dicipta dalam tempoh kurang dari 10 minit!
  • Didendangkan oleh dirinya bersama MFMF dan Loca B yang mana kesemua mereka juga bertindak sebagai komposer dan penulis lirik.
  • Mempertaruhkan melodi dan lirik yang ‘catchy’ serta gaya nyanyian yang bersahaja.
  • Asalnya hanya dimuat naik di aplikasi TikTok sebelum menjadi viral selepas beberapa selebriti terkemuka negara menggunakannya sebagai muzik latar video TikTok, antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nora Danish, Fattah Amin, Zulin Aziz, Fatin Afeefa, Alvin Chong dan Saharul Ridzwan.
  • Versi asal lagu ini kemudiannya dipanjangkan menjadi sebuah single selepas tiga orang komposer yang menggelarkan diri mereka sebagai MFMF menghubungi Harith untuk mengadakan kerjasama.
  • Single tersebut melalui proses rakaman secara berasingan.
  • Ilham tercetus angkara seorang gadis yang comel.
  • Harith terkejut dengan sambutan hangat yang diterima hingga mengalami kesukaran untuk tidur.
  • Beliau bersedia menyanyi secara 'live', namun dalam masa sama meminta agar netizen tidak menghakimi kemampuan vokalnya.
  • Versi remix lagu ini yang dibuat daripada perspektif seorang wanita, menampilkan penyanyi Nabila Razali dengan menggunakan judul ‘Cute: Nabila Razali Remix'.

   

Foto

siapa harith zazman

harith zazman profile

harith zazman dulu

instagram harith zazman

umur harith zazman

harith zazman sterk production

harith zazman tiktok

wikipedia harith zazman

keluarga harith zazman

harith zazman cute

harith zazman birthday 613

Kredit foto: Instagram Harith Zazman

    

Video

Kredit video: CUTE (NABILA RAZALI REMIX) - HARITH ZAZMAN, MFMF., LOCA B, NABILA RAZALI

    

Sumber:

1. 'Dulu tular kereta kabel, sekarang dah jadi penyanyi'

2. Penyanyi baharu, Harith Zazman dedah kisah disebalik lagu ‘Cute’ - “Seronok dapat berkarya, duit itu datang kemudian”

3. Lepas Lagu Cute Cetus Fenomena, Loca B & Harith Zazman Undang Nabila Razali Dalam ‘Cute Nabila Razali Remix’

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)