Kredit foto: Instagram Aidilia Hilda

   

Siapa Aidilia Hilda? Aidilia Hilda Abdul Halim atau nama popularnya, Aidilia Hilda merupakan seorang penyanyi remaja wanita Malaysia.

Beliau mendapat perhatian umum selepas single beliau yang berjudul Tak Mau Mau meraih sambutan hangat di kalangan pendengar muzik.

   

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Aidilia Hilda Abdul Halim.
  • Menggunakan nama komersial, Aidilia Hilda.
  • Berumur 27 tahun (2021).
  • Mendapat pendidikan di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam bidang Ijazah Pengurusan Industri Seni.
  • Meledak menerusi lagu Tak Mau Mau.
  • Video muzik Tak Mau Mau dendangannya yang dimuat naik di laman YouTube pada 16 November lalu meraih lebih 1.2 tontonan.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @aidiliahilda setakat ini telah mengumpul lebih 87,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Lebih mesra disapa dengan nama panggilan, Alia.
  • Rakan karib kepada pemain keybord kumpulan Floor 88, Eric Fuzi yang merupakan kenalan rapatnya ketika menuntut di ASWARA.
  • Pernah membintangi video muzik lagu Zalikha nyanyian Floor 88 pada tahun 2017.
  • Pernah menyertai ujibakat pelbagai pertandingan nyanyian sejak umur 18 tahun, namun rezeki tidak berpihak kepadanya.
  • Pernah berkhidmat sebagai pekerja belakang tabir iaitu sebagai pengurus produksi untuk video muzik beberapa penyanyi remaja popular seperti Baby Shima, Sarah Suhairi dan Ariff Bahran.
  • Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang lakonan.
  • Vokalnya dikatakan iras penyanyi Najwa Latiff.
  • Mengakui sudah mempunyai kekasih.

       

Info Lagu Tak Mau Mau

  • Ciptaan dan lirik oleh Achoi Floor 88 dan Oja Gegar Vaganza.
  • 'Tak Mau Mau' dipilih untuk bekerjasama dengan TikTok Malaysia.
  • #TakMauMauChallenge tular di kalangan penggemar TikTok.
  • Beliau tidak menafikan video muzik Tak Mau Mau mendapat tontonan tinggi kerana kemunculan peserta program realiti Hero Remaja 2020, Aniq Suhair sebagai model.

   

Baca: Biodata Penyanyi Reedzwann, Kekasih Aidilia Hilda?

Baca: Biodata Penyanyi Haikal Farid

   

Foto

aidilia hilda dulu

aidilia hilda ig

aidilia hilda

aidilia hilda umur

aidilia hilda wikipedia

lagu aidilia hilda

aidilia hilda tak mau mau

tak mau mau

aidilia hilda kahwin

lagu tak mau mau

anak aidilia hilda

Kredit foto: Instagram Aidilia Hilda

   

Video

Kredit video: Aidilia Hilda - Tak Mau Mau [Official Music Video]

   

Sumber:

1. Harap lagu mesra radio

2. Aidilia Hilda akui MV 'Tak Mau Mau' dapat tontonan tinggi kerana Aniq Suhair

3. Penyanyi lagu ‘Tak Mau Mau’ Aidilia Hilda mengaku sudah ada kekasih - “I’m not available… sorry cinta tak semestinya memiliki”

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)