Kredit foto: Instagram Iera Milpan , Facebook Iera Milpan [1, 2]

       

Biodata

Nama sebenar: Syahirah binti Milpan

Nama komersial: Iera Milpan

Umur: 21 tahun (2023)

Tarikh lahir: 15 April 2002

Asal: Masai, Johor, Malaysia

Keluarga: Anak keempat daripada lima orang adik beradik

Pendidikan: SMK Taman Molek, Johor Bahru, Johor

Pekerjaan: Penyanyi

Instagram (IG): @ieramilpan_

         

Latar Belakang

1. Iera Milpan merupakan penyanyi muzik tanah air yang baru muncul, bermula dengan membuat cover lagu-lagu popular menerusi aplikasi Tiktok sejak tahun 2021.

2. Ketika menyanyikan semula lagu Balasan Janji Palsumu, yang merupakan lagu asal daripada kumpulan Leon, namanya menjadi viral dan mendapat perhatian peminat muzik di Malaysia.

3. Kerana cintakan lagu-lagu era 90-an, Iera kerap menyanyikan lagu-lagu jiwang daripada zaman tersebut kepada para pengikut di akaun TikToknya. Antara lagu yang pernah didendangkan seperti Cinta Dalam Hati rakaman asal oleh Ungu, Mimpi Yang Pulang (Iklim), Setelah Aku Kau Miliki (Shima), Madah Berhelah (Ziana Zain), Juwita (Saleem), Masih Terserlah Ayumu (Exists) dan banyak lagi.

4. Kini, Iera telah melangkah ke hadapan dengan melancarkan single solo pertamanya yang berjudul "Retak Hatiku". Lagu ini dicipta oleh kolaborasi antara Zai Hamzah dan Oja, manakala liriknya ditulis oleh Achoi dari kumpulan Floor88.

        

Fakta Menarik

1. Difahamkan, pekerjaan terdahulu Iera adalah sebagai pekerja di gerai Ikan Pencek Power di Johor, bersama ibunya.

2. Tidaklah menghairankan apabila Iera mendapat jolokan sebagai "penyanyi telan kaset" oleh para peminatnya kerana minatnya dalam seni nyanyian telah mula berkembang sejak berusia lapan tahun.

3. Dengan mengambil Ziana Zain sebagai contoh dan sumber inspirasi dalam mengejar kejayaan di industri muzik, Iera kerap menyanyikan lagu-lagu popular daripada penyanyi legenda itu di majlis-majlis kenduri seawal dahulu lagi.

4. Kini, Iera berjaya mencatatkan lebih 1.3 juta pengikut di TikTok dan 21,000 pengikut di Instagram, menjadikan beliau sebagai antara penyanyi baharu yang mencapai populariti dengan pantas.

5. Video muzik single pertamanya, "Retak Hatiku" yang dilancarkan pada 10 Julai 2023 masih mendominasi carta trending Youtube dengan kekal di kedudukan pertama.

6. Antara bait-bait lirik daripada lagu ini yang sering berkumandang dalam FYP Tiktok, ialah "Retak hatiku hancur semua, diriku ini jiwa meronta, cinta yang sudah pudar tenggelam di lautan kecewa.."

       

Gambar

iera milpan

iera milpan umur

siapa iera milpan

iera milpan instagram

retak hatiku

gambar iera milpan

iera milpan tiktok

iera milpan retak hatiku

ira milpan

retak hatiku lirik

lagu retak hatiku

iera milpan ig

lagu iera milpan

iera milpan wikipedia

Kredit foto: Instagram Iera Milpan , Facebook Iera Milpan [1, 2]

      

Video

Kredit video: Iera Milpan - Retak Hatiku (Official Music Video)

       

Sumber:

1. TRENDING #1 DI YOUTUBE, RAIH 2.6 JUTA TONTONAN DALAM 2 MINGGU… IERA MILPAN BERSYUKUR ‘RETAK HATIKU’ DAPAT RESPONS BAIK

2. Dulu viral lagu Balasan Janji Palsumu. Sekarang Iera Milpan dah ada single bertajuk Retak Hatiku

3. Idolakan Ziana Zain & Minat Genre 90-an… Jom Kenali Penyanyi Lagu Retak Hatiku, Iera Milpan

4. Instagram MVM Production

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)