Kredit foto: Instagram Layka Al Funsu , TikTok laykaaa.__

        

Biodata

Nama sebenar: Siti Nurzulaikha binti Idrus

Nama komersial: Layka Al Funsu, Layka

Umur: 22 tahun (2023)

Tarikh lahir: 15 Julai

Tempat lahir / Asal: Kedah

Keluarga: Idrus Muhammad Ali (bapa), Chek Zaiton Othman (ibu)

Pekerjaan: Penyanyi, Personaliti TikTok

Instagram (IG): @laykaaa.__

     

Latar Belakang

1. Layka adalah anak kepada pasangan Idrus Muhammad Ali (bapa) dan Chek Zaiton Othman (ibu).

2. Beliau dikenali di aplikasi Tiktok kerana mempunyai suara yang merdu, yang ramai menganggap mirip dengan penyanyi terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tokti.

3. Beliau menjadi perbualan netizen apabila rakaman lagu-lagu Siti Nurhaliza nyanyiannya, terutamanya ‘Nirmala’, menjadi viral. Tidak hanya itu, lagu-lagu cover lain yang pernah dilantunkannya juga seperti Kau Tetap Dalam Anganku nyanyian asal Azie, Tak Ingin Usai (Keisya Levronka), Kemelut Di Muara Kasih (Ziana Zain), Cintaku 100% (Mas Idayu), Care Bebek (Jegeg Bulan) dan Esok Masih Ada (Hannah Delisha), turut menarik perhatian ramai.

4. Berbekalkan bakat suara dan kecantikan rupa paras, Layka kini menerima peluang sebagai artis rakaman dan duta produk. Beliau telah dipilih sebagai duta untuk beberapa syarikat terkemuka tempatan, dan menyertai label XO House sebagai penyanyi bersama artis-artis muda seperti Iman Troye, Dalia Farhana, Fimie Don dan Nazu.

5. Pada Mac 2023, beliau melancarkan lagu single pertamanya yang berjudul "Dua Rama Rama", dan menyusul pada April 2023, beliau tampil dengan lagu "Ria Raya" bersama Iman Troye, Dalia Farhana dan Fimie Don.

       

Fakta Menarik

1. Seorang gadis manis berhijab yang memiliki pesona lesung pipit yang menawan.

2. Pada masa ini, akaun TikToknya telah mendapat lebih daripada 720,000 pengikut.

3. Gemar mewarna dan melukis sebagai hobi untuk mengisi waktu luang serta mengurangkan tekanan.

4. Dalam soal perwatakan, Layka menggambarkan dirinya sebagai seorang yang ceria dan manja ketika bersama ahli keluarga, namun cenderung menjadi pemalu dan kurang bercakap apabila berada di kalangan orang luar.

5. Kemahiran Layka dalam mengalunkan lenggok mirip Siti Nurhaliza, yang diketahui umum mencabar, telah menyebabkan ramai yang mempertikaikan bahkan menuduhnya menggunakan penyegerakan bibir (lip sync)!

6. 15 Julai 2023 lalu, Layka dan kekasihnya, Muhamad Irfan bin Abd Rahman yang berusia 25 tahun (2023), telah berkahwin dalam sebuah majlis yang diadakan di Sungai Petani, Kedah.

       

Foto

layka

layka al funsu tiktok

Layka membuat kemunculan awal dalam talian pada tahun 2021, melalui platform Tiktok

siapa layka al funsu

layka al funsu tarikh lahir

nama sebenar layka

layka al funsu nikah

layka al funsu wikipedia

layka umur

umur layka al funsu

layka al funsu

layka al funsu dah kahwin

layka al funsu kahwin

layka al funsu asal mana

suami layka al funsu

Layka bersama suami. Kredit foto: Instagram Layka Al Funsu , TikTok laykaaa.__

      

Video

Kredit video: LAYKA - Dua Rama Rama (Official MV)

        

Sumber:

1. Layka, gadis manis persis Siti Nurhaliza

2. XO HOUSE

3. TikTok laykaaa.__

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)