Kredit foto: Instagram Aisha Retno , Instagram TV3 Malaysia

        

Aisha Retno, kini seorang penyanyi yang mula diperhatikan dan dianggap sebagai pelapis muda yang berpotensi.

        

aisha retno 15842

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

             

Pada pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38, lagu Sutera hasil karyanya bersama MFMF akan menjadi taruhan bagi beliau, berhadapan dengan Aina Abdul, pemenang AJL 37, yang membawakan lagu Jangan Mati Rasa Itu.

Juga bersaing, Amir Jahari dengan Hasrat, Kugiran Masdo (Inilah JalanNya), Ernie Zakri (Astana), Naqiu (Santai), Hael Husaini (Bintang), Marsha Milan Londoh (Darah), Hasif Upin dan Ziana Zain (Waktu), Khai Bahar dan Nabila Razali (Selagi Ku Ada), Shiha Zikir (Kalam) serta Wany Hasrita dan Afieq Shazwan (Kucuma).

        

10 Fakta Penyanyi Aisha Retno Yang Ramai Tak Tahu!

aisha retno wikipedia 84644

Kredit foto: Instagram Aisha Retno

        

1. Penyanyi yang sebenarnya bernama Sharifah Aisha Retno binti Sayed Sipulijam berumur 24 tahun (2024) ini berasal dari Kuala Lumpur.

        

aisha retno sutera 653

Kredit foto: Instagram Aisha Retno

       

2. Dia dilahirkan sebagai anak kepada pasangan Sayed Sipulijam Sayed Alwee (bapa) dan Jean Retno Aryani (ibu).

      

ibu aisha retno 98515

Kredit foto: Instagram Aisha Retno

        

3. Dia sebelum ini menetap di Indonesia, sebelum bermastautin di Malaysia.

       

aisha retno ajl

Kredit foto: Instagram Aisha Retno

       

4. Di kalangan keluarga, dia ialah anak sulung daripada dua orang adik-beradik.

      

adik aisha retno 84241

Kredit foto: Instagram Aisha Retno

        

5. Dia berkongsi pertalian darah dengan pelakon terkenal dalam drama TV, iaitu Sophia Albarakbah yang merupakan sepupu beliau.

         

aisha retno instagram 11874

Kredit foto: Instagram Aisha Retno

        

6. Pencarianku, Mengikat Jiwa, Sutera, W.H.U.T. dan I.L.S.M (I Love Sadness More) adalah di antara lagu-lagu yang telah diabadikan dalam rekodnya, menjadikannya terkenal dalam seni muzik.

Selain itu adalah Nukilanku, Ternoktah, Cinta Denganmu, Cukuplah, Jarak (duet Bersama Aziz Harun), Teduh dan Terima Kasih (duet bersama Yuka Kharisma).

        

ajl final 2024 54147

Kredit foto: Instagram Aisha Retno

        

7. Pernah mendapat peluang untuk meneroka dunia lakonan di depan kamera menerusi drama Gadis Muzikal dan telefilem Cangkul.

       

aisha retno umur 84456

Kredit foto: Instagram Aisha Retno

         

8. Dalam perjalanan kerjaya seni hiburan, dia pernah dinamakan sebagai calon Top 5 kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 tahun 2021 dan kini, pada 2024, dia beraksi sebagai salah seorang finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38.

        

ajl final 88874

Kredit foto: Instagram Aisha Retno

        

9. Dalam program Big Stage Musim 4 pada 2022, namanya mencorak senarai peserta bersama 11 penyanyi generasi baharu atau Budak Baru Nak Up (BBNU) dan berjaya meraih tempat ketiga di peringkat akhir.

         

aisha retno lagu 84249

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Melalui penyertaannya dalam program realiti Vokal Mania (2020), dia dinobatkan sebagai juara dalam kategori Rookie.

        

ajl 99556

Kredit foto: Instagram Aisha Retno

        

10. Pada 2022, dia menjadi sebahagian daripada sejarah apabila gambar wajahnya disiarkan di billboard Times Square New York, Amerika Syarikat, sebagai duta kempen EQUAL Spotify untuk Malaysia dan Singapura pada Julai 2022.

         

ajl 2024 14847

ajl 38 15951

Kredit foto: Instagram Aisha Retno , Instagram TV3 Malaysia

        

Untuk lebih info mengenai Aisha Retno, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Aisha Retno

       

Baca: Biodata Amir Jahari, Penyanyi Lagu Hasrat, Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 38 (2024)

Baca: Senarai Keputusan Pemenang AJL 2024 / Anugerah Juara Lagu 38

Baca: Senarai Finalis, Tarikh, Cara Undi, Hadiah Pemenang, Info Penuh AJL 2024 / Anugerah Juara Lagu 38

Baca: Biodata Hasif Upin, Penyanyi Lagu Waktu (Duet Bersama Ziana Zain), Finalis Anugerah Juara Lagu 38 (2024)

Baca: Senarai 30 Lagu Separuh Akhir / Semi Final Muzik Muzik 38 (SFMM 2023)

Baca: Senarai Keputusan Pemenang AJL 2023 / Anugerah Juara Lagu 37

Baca: Senarai Finalist, Tarikh, Info Penuh AJL 2023 / Anugerah Juara Lagu 37

Baca: Senarai Calon Top 5, Kategori, Persembahan, Penyampai Trofi, Undian, Tarikh Gempak Most Wanted Awards 2023 / 2024 (Astro)

       

Kredit video: Aisha retno- Kesetiaan (Big Stage Week 3)

        

Sumber:

1. #ThrowbackXTRA: Mula Dari Bawah, Aisha Retno Tak Patah Semangat Tempa Nama Dalam Industri

2. Aina bawa ibu bercuti, Aisha hantar duit ke Indonesia

3. Hebat netizen, mereka tahu siapa dia mimpi – Sophia Albarakbah

4. Instagram Aisha Retno

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)