Oleh pada 24 Apr 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

     

TV3 menerusi Slot Sakura membawa anda untuk mengikuti drama adaptasi novel karya Tina Derika bermula 24 April 2023 ini pada jam 6 petang.

     

novel segenap takdir

Kredit foto: Instagram Karya Publika Sdn Bhd

    

Mengangkat pelakon yang semakin meningkat naik, Siti Khadijah Halim berpasangan dengan Niezam Zaidi, dalam judul “Segenap Takdir” yang turut menampilkan lakonan Zara Zya dan Nabil Aqil.

     

Sinopsis

Haryani seorang anak yang derhaka kepada ibunya, terbuai dengan impian ingin hidup senang. Gadis luar bandar ini meninggalkan kampung halaman untuk hidup di kota. Bertemu dengan Azlan yang berada, dia jatuh cinta. Memiliki cinta Azlan, itulah sasaran hidupnya sehingga sanggup memperdaya.

Demi nyawa tunangnya yang sedang dalam koma, Azlan redha mengambil Haryani sebagai isteri pertama. Namun dia tidak melupakan janjinya untuk menikahi Nadira apabila wanita itu kembali sedar.

Perkahwinan yang diinginkan Haryani membuatnya menderita lebih lagi. Dendam dan ego suaminya yang sentiasa meragui setiap tindakannya semakin menambahkan penderitaannya.

Apabila haknya sebagai seorang isteri tidak diberikan, Haryani mula merenung dosa dan kesalahan masa lalu yang pernah dilakukan. Penghijrahan Haryani menjadi semakin berat ketika dia dituduh munafik dan bersalah atas kecelakaan yang menimpa Nadira. Akhirnya, dia diceraikan dengan cara yang memalukan.

Di balik semua kesulitan itu, kehadiran Faisal, abang kepada Nadira, memberikan kesejukan hati buat Haryani. Faisal seorang yang tenang dan tidak pernah bersangka buruk, dan penghijrahan Haryani membawa kesan pada hidupnya.

    

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kerasnya Takdir (Slot Akasia TV3)

    

sinopsis segenap takdir

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

     

Pelakon / Cast

Dalam drama ini, Siti Khadijah Halim dan Niezam Zaidi akan bergandingan, dan turut melibatkan lakonan Zara Zya, juga aktor Nabil Aqil yang semakin meningkat naik.

Turut mengambil peranan dalam drama ini adalah pelakon-pelakon seperti Sharifah Shahora, Azizah Mahzan, Watie Sadali, Haleeda, Nesa Idrus, Puteri Khareeza, Adam Malek, Aqeesh Aleeya, Tengku Tieya dan Zalela Abdul Kadir.

      

Watak Pelakon

Siti Khadijah Halim sebagai Haryani

Niezam Zaidi sebagai Azlan

Zara Zya sebagai Nadira

Nabil Aqil sebagai Faisal

Sharifah Shahora sebagai Maimun

Watie Sadali sebagai Salmi

Azizah Mahzan sebagai Nekyah

Haleeda sebagai Asmah

Nesa Idrus sebagai Azira

Puteri Khareeza sebagai Azlin

Adam Malek sebagai Azmirul

Aqeesh Aleeya sebagai Hanim

Tengku Tieya sebagai Meera

Zalela Abdul Kadir sebagai Mak Kiah

     

segenap takdir drama

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

     

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama berantai ini dikeluarkan oleh syarikat produksi A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd, diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan penghasilan skrip oleh Rina Khan dan Sherry Khan.

    

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Gelora

Penyanyi: Hariz Fayahet

Komposer: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat

Penulis lirik: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat

     

segenap takdir episod

Episod 1 berada dalam jadual tayangan 24 April 2023 bagi menggantikan siri Sekali Aku Bahagia. Kredit foto: Instagram Siti Khadijah Halim

     

Waktu Siaran

Siri yang terdiri daripada 15 episod ini ditayangkan bermula 24 April 2023 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6 petang di slot Sakura, saluran TV3, selain juga terdapat pada perkhidmatan penstriman dalam talian, Tonton.

     

Tajuk cerita? Segenap Takdir

Berapa episod? 15 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis

Bila tayang? Jam 6 petang

Tonton di mana? TV3 dan platform online, Tonton

     

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

    

Kredit video: Di Sebalik Tabir Segenap Takdir

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)