Oleh pada 31 Mar 2023 kategori

Kredit foto: Tonton

Saat Hilang Cintamu adalah telefilem Malaysia yang ditayangkan pada 25 Mac 2023 (Sabtu) jam 9 malam melalui saluran TV3 dalam slot Cerekarama. Selain itu, beberapa drama istimewa seperti Perindu Senja, Mendarat Di Syurga dan Hari-Hari Terakhir Seorang Pendosa juga disiarkan di TV3 sepanjang Ramadan ini dalam slot yang sama.

   

Slot Cerekarama merupakan satu platform tayangan filem televisyen atau telefilem yang dihasilkan oleh syarikat penerbitan swasta di Malaysia. Tayangan ini disiarkan setiap minggu pada hari Sabtu.

   

saat hilang cintamu

Kredit foto: Instagram Rita Nadira

   

Sinopsis Saat Hilang Cintamu

Kisah seorang suami yang sangat mencintai isterinya sehingga sanggup berkorban segalanya. Razil (Zamarul Hisham), suami kepada Salina (Rita Nadira), merupakan suami yang setia dan penyayang terhadap isterinya. Dia menjadi penyokong dan pendukung utama Salina. Namun begitu, kehidupan perkahwinan mereka mula goyah apabila Salina terpengaruh dengan kumpulan rakan-rakannya yang suka memperlekehkan, mengaibkan dan merendahkan suaminya.

Kerana itu, Salina berusaha untuk mendapatkan bantuan kaunseling. Namun, pakar kaunseling yang ditemui cuba memikat Salina sehingga Salina tersilap langkah dan menjalinkan hubungan terlarang dengannya. Selepas diberikan kebebasan, Salina mula berubah sikap dan menderhaka terhadap Razil.

Dalam kesetiaan, Razil menjaga Salina walaupun isterinya telah melakukan pengkhianatan dan kini terlantar lumpuh. Tambahan lagi, Razil yang diduakan oleh Salina sanggup menyelamatkan hubungan mereka dengan merujuk semula perkahwinan mereka.

    

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Hari Hari Terakhir Seorang Pendosa (Telemovie Slot Cerekarama TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Mendarat Di Syurga (Slot Cerekarama TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Perindu Senja (Slot Cerekarama TV3)

    

saat hilang cintamu tv3

Kredit foto: Instagram Kash Haiqal

Pelakon / Cast

Telefilem yang sedang menjadi tular di media sosial ini menampilkan lakonan hebat Zamarul Hisham dan Rita Nadira sebagai pelakon utamanya. Selain itu, turut membariskan Malek Mccrone, Abbas Mahmood, Kash Haiqal, Dania Miazara dan Fendi London sebagai pelakon sokongan.

   

drama saat hilang cintamu

Kredit foto: Instagram Rita Nadira

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama ini diasaskan pada idea asal yang diilhamkan oleh Halmey Hamdah dan diarahkan oleh Rahila Ali. Penulisan skrip pula dilakukan oleh Lee Chonz dan ianya merupakan terbitan daripada syarikat produksi Zeel Production Sdn Bhd.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Saat Hilang Cintamu

Tajuk: Saat Hilang Cintamu

Penyanyi: Siti Sarah Raisuddin

Komposer: Ajai 

Penulis lirik: Musrad

   

pelakon saat hilang cintamu

Saat Hilang Cintamu bukan drama berepisod dan tidak diadaptasi daripada karya novel. Kredit foto: Instagram Rita Nadira

Waktu Siaran

Drama yang berjudul "Saat Hilang Cintamu" telah dipaparkan dalam slot Cerekarama dan disiarkan pada 25 Mac 2023 di saluran TV3 pada pukul 10 malam. Selain itu, tayangan tersebut turut tersedia di platform penstriman (online) Tonton untuk peminat menyaksikan pada bila-bila masa.

Trivia

1. Saat Hilang Cintamu mempunyai durasi tayangan selama 1 jam 28 minit.

2. Seperti yang difahamkan, ia diadaptasi daripada sebuah kisah benar.

3. Beberapa babak telefilem itu telah dikongsikan semula oleh pengguna TikTok sehingga menjadi viral.

4. Kash Haiqal, seorang pelakon kanak-kanak yang terlibat dalam drama ini, juga merupakan anak kepada bintang utamanya iaitu Zamarul Hisham.

   

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama




Hakcipta iluminasi.com (2017)