Oleh pada 28 Mar 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Drama terbaru "Sekali Aku Bahagia" yang menggabungkan pelakon-pelakon hebat seperti Ummi Nazeera, Nabila Huda, Keith Foo, Azhan Rani dan yang lain, akan bersiaran di saluran TV3 yang terkenal di kalangan peminat drama tempatan mulai 28 Mac 2023, mengambil tempat siri Chinta Arjuna yang telah berakhir.

      

sekali aku bahagia sinopsis

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Pertemuan Muaz dan Aireen berlaku ketika Muaz memulangkan beg duit milik Naufal, abang Aireen yang tercicir. Aireen kemudian mengusulkan supaya Naufal memberi pekerjaan pada Muaz di pasar daging miliknya. Walau bagaimanapun, Aireen jatuh hati pada Muaz yang sudah berkahwin dengan Rania.

Muaz, yang tidak senang jika pekerjaannya tergugat, telah merahsiakan status peribadinya yang merupakan suami orang. Akhirnya, Muaz dan Aireen membuat keputusan untuk berkahwin dan membina kehidupan bersama.

Apabila Rania melahirkan anak perempuan bernama Delisha, Muaz pulang ke rumah untuk menemuinya. Namun, perkara ini terbongkar dan Aireen mendapat tahu tentang status Muaz sebagai suami orang. Aireen yang sedang hamil juga terpaksa menghadapi tekanan yang besar kerana sedar dirinya bermadu. Kesedihan yang dialaminya menyebabkan dia mengalami keguguran.

Naufal yang sangat sayangkan adiknya, membuat persetujuan dengan Aireen untuk mengupah seseorang bagi mengakhiri riwayat Rania. Namun, penceritaan ini penuh dengan plot twist yang tidak dapat diduga.

                         

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Jaga Aku Selamanya (TV3) Yang Ramai Tak Tahu!

        

sekali aku bahagia episod

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Pelakon / Cast

Bintang-bintang terkemuka seperti Ummi Nazeera, Nabila Huda dan Keith Foo ditempatkan sebagai pelakon utama dalam drama ini dan turut disokong oleh pelakon Azhan Rani, Meor Mohd, Danish Iskandar, Danish Hazriq, Duerra Mitilda, Qistina Raisah, Ayu Azlina dan Nik Ramly Rejab sebagai watak pembantu.

   

Baca: Biodata Pelakon Danish Iskandar

   

Watak Pelakon

Ummi Nazeera sebagai Rania Farahain

Nabila Huda sebagai Aireen

Keith Foo sebagai Muaz

Azhan Rani sebagai Naufal

Meor Mohd sebagai Lan

Danish Iskandar sebagai Andre

Danish Hazriq sebagai Firas

Duerra Mitilda sebagai Delisha

Qistina Raisah sebagai Eli

Ayu Azlina sebagai Milah

Nik Ramly Rejab sebagai Kamil

   

drama sekali aku bahagia

Kredit foto: Instagram Keith Foo

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Produksi Mache All Star United Sdn Bhd mempersembahkan Sekali Aku Bahagia yang diterbitkan dengan arahan sutradara Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya), dengan idea asal Mama Bella dan ditulis bersama Dr. Mohd Shahremy Ikmal Shahbudin.

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Tusuk

Penyanyi: Shiha Zikir

Komposer: Iqie Hugh, Omar K

Penulis lirik: Iqie Hugh, Omar K

       

sekali aku bahagia novel

Episod 1 Sekali Aku Bahagia, ditulis oleh penulis skrip Mama Bella dan Dr Mohd Shahremy Ikmal Shahbudin yang bukan adaptasi novel akan disiarkan kepada penonton pada 28 Mac 2023. Kredit foto: Instagram Danish Hazriq

           

Waktu Siaran

Sekali Aku Bahagia akan memulakan penayangan pada 28 Mac 2023, dengan kesemua 15 episod yang disiarkan pada siaran slot Sakura jam 6 petang, setiap hari Isnin hingga Khamis di saluran TV3.

Anda boleh juga menonton secara dalam talian dengan resolusi HD melalui platform Tonton.

    

Tajuk cerita? Sekali Aku Bahagia

Berapa episod? 15 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis

Bila tayang? Pukul 6 petang

Tonton di mana? TV3 dan platform online, Tonton

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)