Oleh pada 17 May 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Ditunjangi pelakon utama hebat, Beto Kusyairy dan Nelydia Senrose, drama ‘Bunga, Aku Tunggu’ yang dinanti-nantikan oleh peminat drama televisyen tempatan dijadualkan untuk menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3, bermula 17 Mei 2023.

     

sinopsis bunga aku tunggu

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Sinopsis

Cinta Obsesif Yang Bertukar Tragedi..

Kisah bergenre saspens psikologi ini membawakan tentang Kamal Iman (Beto Kusyairy), seorang jurutera komputer yang hebat di pejabatnya. Dia memiliki kepandaian yang luar biasa dan sikap yang mesra dengan rakan sekerja. Kamal sangat rajin dan sentiasa membantu teman sejawat di tempat kerja. Bos dan rakan-rakannya sangat menghargai personaliti Kamal yang menyenangkan.

Perubahan hidup Kamal bermula apabila dia bertemu dengan staf baharu di pejabatnya, Bunga (Nelydia Senrose). Bunga ialah seorang gadis yang mempunyai pesona dan berhati baik. Ciri-ciri keperibadian Bunga telah menarik perhatian Kamal.

Setelah menamatkan pengajian, Bunga ditekan oleh ibu bapanya untuk berkhidmat di syarikat rakan mereka. Walaupun Bunga berhasrat mahu menjadi seorang wartawan, dia patuh pada permintaan keluarga dan menerima tawaran itu. Selain itu, Bunga selalu dibandingkan dengan adiknya, Arjuna (Atiq Azman) yang merupakan kebanggaan keluarga kerana kejayaannya dalam pengajian di luar negara.

Suatu peristiwa di pejabat membawa Kamal berkenalan dengan Bunga dan dia bersedia untuk membantu Bunga dalam urusan kerja. Secara perlahan-lahan, Kamal mula tertarik pada Bunga dan ingin lebih dekat dengan gadis itu. Namun, perasaannya yang bertukar obsesi membuatkan Kamal berubah menjadi seorang yang bahaya bagi dirinya dan orang di sekeliling.

Cinta Kamal terhadap Bunga begitu mendalam sehingga Kamal sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan Bunga miliknya. Obsesinya terhadap Bunga membuat Kamal terdorong untuk melakukan apapun kepada orang-orang yang telah melukai hati Bunga.

     

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Segenap Takdir (Slot Sakura TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kerasnya Takdir (Slot Akasia TV3)

     

bunga aku tunggu episod

Kredit foto: Instagram iQIYI Malaysia

    

Pelakon / Cast

Drama 'Bunga, Aku Tunggu' menampilkan dua peranan utama yang dipersembahkan oleh dua bintang lakonan terkenal, Beto Kusyairy dan Nelydia Senrose. Selain itu, ia juga mengetengahkan wajah-wajah yang sudah tidak asing lagi di kaca TV, seperti Atiq Azman, Reen Rahim, Afifah Nasir, Shah Iskandar, Razzuan Rosli, Azhar Sulaiman, Kuza, Norlia Ghani, Abil Qamaruzaman dan Mohd Saifullah Ghazali.

    

Watak Pelakon

Beto Kusyairy sebagai Kamal

Nelydia Senrose sebagai Bunga

Shah Iskandar sebagai Ari

Atiq Azman sebagai Arjuna

Reen Rahim sebagai Haura

Afifah Nasir sebagai Juita

Razzuan Rosli sebagai Adam

Azhar Sulaiman sebagai Tuan Syukri

Norlia Ghani sebagai Nek Su

Kuza sebagai Puan Maria

Abil Qamaruzaman sebagai Hery

Mohd Saifullah Ghazali sebagai Insp Selvi

     

drama bunga aku tunggu

Kredit foto: Instagram Beto Kusyairy

     

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Di bawah produksi Wiranusa Corporation, karya ini mengangkat sebuah naskhah hasil idea asal dan nukilan penulis skrip Adza Emie, yang dikendalikan oleh pengarah drama hebat, Along Kamaludin.

    

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Misteri

     

Tajuk: Misteri

Penyanyi: Hazama

Komposer: Iqie Hugh, John Jeeves, Firdaus Rahmat

Penulis lirik: Iqie Hugh, John Jeeves, Firdaus Rahmat

      

bunga aku tunggu tv3

Bunga, Aku Tunggu (drama bukan adaptasi novel) bakal menggantikan siri Bukan Puteri Lindungan Bulan. Kredit foto: Instagram Kuza Muzani

     

Waktu Siaran

Mulai 17 Mei 2023, siri episod sebanyak 13 ini akan menghiburkan penggemar slot Samarinda pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di saluran TV3.

Saksikan secara dalam talian (online) tanpa mengira waktu tayangan di laman penstriman iQiyi. Pelanggan VIP dapat menikmati tayangan tersebut dalam masa sejam selepas siaran di TV3. Pelayar percuma pula akan mendapat akses tontonan dalam masa 48 jam setelah tayangan kaca TV.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

     

Kredit video: Di Sebalik Tabir Bunga, Aku Tunggu

      

Tajuk cerita? Bunga, Aku Tunggu

Berapa episod? 13 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis

Bila tayang? Jam 10 malam

Tonton di mana? TV3 dan platform online, iQIYI

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)