Oleh pada 26 Mar 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd

   

Siri Astro Originals premium yang menayangkan drama-drama tempatan berkualiti tinggi seringkali memperoleh pujian daripada peminat drama tempatan.

   

high council 281

Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd

Jenama ini telah menetapkan piawaian baru untuk kualiti drama di Malaysia dan membuktikan kebolehan industri hiburan tempatan.

   

astro originals

Kredit foto: Instagram Nadhir Nasar

Drama adaptasi dari karya British yang sebelumnya dinominasikan dalam BAFTA Awards dan British Screenwriters' Awards, Liar, kini turut dihadirkan dalam slot konten ini.

   

liar 910

Kredit foto: Instagram Tony Eusoff

Jika anda menyokong penghasilan drama berkualiti negara, kesemua sepuluh siri Astro Originals yang disenaraikan di bawah tidak harus anda lepaskan.

10 Siri Drama Astro Originals Mesti Tonton

Liar (2023)

liar astro original 144

Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd

Sebuah siri psikologi thriller yang mengisahkan seorang guru yang telah bercerai, Lara Sulaiman, bertemu dengan seorang lelaki bernama Aiman Yusuf. Aiman dituduh telah memperkosa Lara, tetapi Aiman menafikan tuduhan tersebut. Rahsia dan pembohongan tersembunyi dalam kedua-dua versi cerita mereka terbongkar dan mengubah kehidupan mereka.

    

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Berepisod Liar Malaysia

One Cent Thief (2022)

astro original series

Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd

One Cent Thief merupakan sebuah cerita fiksyen yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia dan masih menjadi perbualan hangat hingga hari ini. Kisah ini mengikuti perjalanan seorang pekerja bank yang menggodam sistem komputer tempat dia bekerja untuk mencuri satu sen daripada setiap akaun pelanggan.

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief

Projek: High Council (2023)

drama melayu 2023 75

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Dalam sebuah naskhah fiksyen yang diilhamkan daripada kisah benar ini, diceritakan mengenai isu gengsterisme yang pernah berlaku di sebuah sekolah asrama di Malaysia. Kisah ini menggambarkan sisi gelap Sekolah Berasrama Penuh KUDRAT, yang turut menyentuh konflik antara dua adik beradik yang belajar di sana.

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Berepisod Projek: High Council

Projek: Anchor SPM (2021)

drama melayu 10

Kredit foto: Instagram Sooka Malaysia

Projek Anchor SPM membawakan kisah sekelompok pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, sebuah sekolah berasrama penuh terkemuka.

Mereka bersama-sama merancang sebuah projek untuk melakukan tindakan meniru secara beramai-ramai agar dapat membantu rakan-rakan tingkatan mereka meraih kejayaan dalam peperiksaan SPM.

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Berepisod Projek: Anchor SPM

   

Histeria The Series (2022)

drama online 301

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Kesinambungan filem seram popular pada tahun 2008, Histeria ini menceritakan tentang igauan dan mimpi ngeri yang dialami oleh sekumpulan remaja di sebuah sekolah berasrama. Mereka menghadapi kejadian aneh dan mistik yang membawa mereka mengungkapkan misteri kematian yang berlaku sepuluh tahun lalu.

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Berepisod Histeria The Series

I-Tanggang: Mother of All Lies (2021)

drama melayu online 589

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Siri ini berkisar tentang seorang ibu yang memalsukan penyakit anaknya dan berusaha membunuhnya. Erma, ibu kepada Khay adalah seorang pempengaruh media sosial yang terkenal. Dia mengumumkan bahawa anaknya, Khay hanya mempunyai masa enam bulan lagi untuk hidup. Namun, hakikatnya dia hanya menggunakan anaknya sebagai alat untuk memperoleh simpati dan sumber pendapatan.

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Berepisod I-Tanggang: Mother of All Lies

Kuasa (2022)

tonton drama melayu 809

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Kuasa mengisahkan tentang kehidupan keluarga Tan Sri Dhameer, seorang penerbit filem terkemuka yang mempunyai pengaruh besar. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga anaknya mempunyai agenda masing-masing untuk mengambil alih empayar keluarga selepas Tan Sri Dhameer bersara.

   

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuasa

Kudeta (2022)

drama astro ria

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Versi siri untuk filem Daulat ini membawakan kisah perdana menteri wanita pertama negara, Mariam Imran di Masraya, yang berusaha mempertahankan kuasa atas gabungan parti yang goyah untuk mengelakkan kejatuhan kerajaan.

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Berepisod Kudeta

Dukun Diva (2021)

drama 315

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Dalam kisah ini, seorang pelakon yang kurang dikenali dari era 90-an menggunakan bakat lakonannya untuk menyamar sebagai seorang dukun bersama anak buahnya yang bermasalah.

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Berepisod Dukun Diva

Kampong Pisang Bersiri-Siri (2020)

drama astro

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Francais filem blockbuster tanah air, Kampong Pisang, diadaptasi ke dalam bentuk drama bersiri untuk tayangan di televisyen. Drama ini menampilkan kehidupan penduduk Kampung Pisang yang dihantui pelbagai masalah dan misteri seperti kemunculan toyol, hantu rempit, serigala jadian, hantu sungai, orang minyak, zombi, makhluk asing, pocong dan hantu Kak Limah. Bagi mengembalikan keharmonian kampung, mereka perlu bersatu hati dan bekerjasama dalam menyelesaikan masalah.

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Berepisod Kampong Pisang Bersiri-Siri

Pelanggan Astro mempunyai akses kepada semua siri yang tersenarai, secara dalam talian (online) melalui platform On Demand dan aplikasi Astro Go.




Hakcipta iluminasi.com (2017)