Oleh pada 25 Mar 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

   

Drama bersiri premium Astro Originals, 'Liar' adalah adaptasi dari siri antarabangsa yang sama tajuknya, diterbitkan oleh Two Brothers Pictures untuk ITV dan Sundance TV pada tahun 2017.

   

sinopsis liar astro original

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Dengan jumlah tontonan tertinggi sebanyak 7 juta, ia menjadi jumlah terbesar bagi drama baru yang pernah ditonton di ITV sejak tahun 2014. Drama ini juga menemui penonton di Australia dan New Zealand. Kemudian versi remake dari Sepanyol dikeluarkan pada tahun 2020 dengan judul ‘Mentira’s, versi Jerman menggunakan tajuk 'Du Sollst Nicht Lügen', serta negara-negara lain seperti Perancis, Itali dan Turki turut menghasilkan remake untuk drama ini.

   

liar episod

Kredit foto: Instagram Aniq Suhair

   

Calon siri thriller terbaik di BAFTA Awards dan British Screenwriters' Award ini kini dihasilkan semula oleh Astro Shaw dalam versi dan format Malaysia hasil kerjasama Double Vision dan All3Media Internasional.

Liar bakal mengangkat genre psikologi thriller dengan mengemukakan tema-tema seperti stereotaip jantina, kekeluargaan dan penipuan. Ia akan ditayangkan setelah kejayaan dan fenomena luar biasa drama premium Astro Originals terdahulu, Projek: High Council bermula 25 Mac 2023.

Sinopsis

Two sides, One Truth. LIAR mengisahkan tentang seorang guru yang bijak dan komited bernama Lara Sulaiman, yang berusaha untuk 'move on' selepas bercerai dengan suaminya. Lara mengambil keputusan untuk berjanji temu dengan seorang pakar bedah bernama Aiman Yusuf. Aiman turut mengalami kepahitan kisah hidup setelah kematian isterinya.

Perkenalan mereka memberikan keselesaan kepada satu sama lain dan membuat mereka berasa lebih baik. Namun, janji temu itu membawa pengalaman mimpi ngeri apabila masing-masing mempunyai versi cerita yang berbeza mengenai apa yang berlaku.

Lara mendakwa bahawa Aiman telah memperkosa dirinya, sementara Aiman menyangkal tuduhan itu dengan mengatakan bahawa dia hanya membantu Lara yang sedang sakit untuk pulang dengan selamat.

Aiman menegaskan dia tidak bersalah sedangkan Lara melancarkan serangan dalam talian terhadapnya. Kini, siapa yang benar-benar menyatakan kebenaran? Pertemuan pertama ini telah mengubah kehidupan mereka berdua dan juga melibatkan keluarga serta teman-teman mereka apabila rahsia dan pembohongan terungkap.

   

Baca: 10 Drama Astro Original Series Wajib Tonton!

    

liar astro

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Pelakon / Cast

Penceritaan dihidupkan melalui penampilan hebat pelakon-pelakon handalan dalam industri seni lakonan Malaysia iaitu Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Nadiya Nisaa, Dato’ Jalaluddin Hassan, Wan Raja, Atilia Haron, Aniq Suhair, Nazrief Nazri, Nas-T, Farah Ahmad, Naz Rahman, Yuyun Hikmah, Aidan Razeen, Nawal Sarah, Haridhass Selvaraju, Joyce Harn, Charles Roberts, Xie Songfan dan Chai Zi.

Watak Pelakon

Tiz Zaqyah sebagai Lara Sulaiman

Tony Eusoff sebagai sebagai Dr Aiman Yusuf

Ezzaty Abdullah sebagai Kathy Sulaiman

Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Sulaiman Ibrahim

Wan Raja sebagai Fariz Jamil

Nadiya Nisaa sebagai Detektif Nissa Sufian

Atilia Haron sebagai Inspektor Rita Samsuddin

Nazrief Nazri sebagai Taufiq Radzlan

Haridhass Selvaraju sebagai Detektif Kumar Varatharaju

Naz Rahman sebagai Firdaus Harith

Nas-T sebagai Leftenan Eddie Hassan

Aniq Suhair sebagai Noah Aiman

Farah Ahmad sebagai Jehan Razali

Joyce Harn sebagai Winnie

Charles Roberts sebagai Koperal Jeya Kumar

Yuyun Hikmah sebagai Sofia

Nawal Sarah sebagai Yaya

Aidan Razeen sebagai Jo

Xie Songfan sebagai sebagai Jun Howe

Chai Zi sebagai Patrick

   

liar astro original

Kredit foto: Instagram Atilia Haron

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Syarikat Double Vision Sdn Bhd mempersembahkan drama terbaru hasil produksinya yang disutradarai oleh Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min. Siri ini merupakan karya terbitan Astro Shaw Sdn Bhd dan dikeluarkan dengan skrip dari Mayang Al-Mohdar, Chi-Ren Choong, Nik Naemah Nik Mahir, Amar Amir dan Honey Ahmad.

Waktu Siaran

LIAR, drama premium terbaru akan mula ditayangkan di platform On Demand dan aplikasi Astro Go pada 25 Mac 2023, setiap hari Sabtu, bermula jam 12 tengah malam. Tayangan TV akan dimulakan pada 3 April 2023, setiap hari Isnin, pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Siri ini terdiri daripada 12 episod dengan durasi sejam untuk setiap episodnya.

    

Kredit video: Liar - Official Movie Trailer . Episod 1 Pada 25 Mac 2023




Hakcipta iluminasi.com (2017)