Oleh pada 07 Jun 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Astro mempersembahkan Histeria The Series, sebuah siri drama premium Malaysia 2022 di bawah jenama Astro Originals yang akan ditayangkan bermula 6 Jun 2022, jam 9 malam di saluran Astro Citra, bagi menggantikan siri Kuasa.

Ia merupakan kesinambungan filem seram yang pernah mewarnai pawagam tanah air dan berjaya pecah panggung pada tahun 2008 iaitu ‘Histeria’ yang mengangkat watak-watak lakonan Liyana Jasymay, Scha Al-Yahya, Yana Samsudin dan Ady Putra, arahan pemenang Best Asean Feature Award di Bangkok International Film, James Lee.

histeria the series malaysia

Kredit foto: Instagram Infinitus Films MY

Sinopsis

Kesinambungan daripada filem Histeria, kisah berlegar dalam kalangan pelajar remaja di sebuah sekolah berasrama (Sekolah Sri Fatimah) yang mengalami gangguan misteri menghantui sekolah mereka.

Mereka menjejak rahsia gelap tentang kes pembunuhan yang pernah berlaku di sekolah tersebut pada 10 tahun lalu.

Tidak lama kemudian, apabila penyiasatan mereka membawa kepada satu per satu insiden dan perkara ngeri yang menakutkan, keadaan berubah menyebabkan kejadian yang berlaku pada sedekad lalu kembali berulang.

Baca: 10 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru, Boleh Tonton Secara Online!

histeria the series 2022

Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd

Pelakon / Cast

Naskhah Histeria The Series menampilkan gabungan empat bakat muda seni lakonan sebagai wajah utama iaitu Mia Sara Shauki, Sharifah Aryana, Amelia Christie dan Serra Kamal.

Apa yang menarik, ia juga mengekalkan pelakon asal filem Histeria iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan barisan pelakon lain terdiri daripada bintang terkenal Namron, Ziana Zain, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak, Farah Ahmad, Tony Eusoff, Arash Mohd, Tisya Ong, Aznie Azmi, Alvy Joanna, Rawaida Jimi, Dr Rosdeen Suboh, Rawaida Jimi dan Riesha Aslan.

Watak Pelakon

Mia Sara Shauki sebagai Alia

Sharifah Aryana sebagai Diana

Amelia Christie sebagai Puteri

Serra Kamal sebagai Zee

Liyana Jasmay sebagai Murni

Fimie Don sebagai Khairul

Namron sebagai Inspektor Ismail

Ziana Zain sebagai Puan Nora

Ziha Salleh sebagai Dr. Aishah

Farah Ahmad sebagai Cikgu Zuraida

Tony Eusoff sebagai Prof Zainal

Mathni Razak sebagai Rayyan

histeria the series cast

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Terbitan Astro Shaw dan produksi oleh Infinitus Gold ini disempurnakan arahan sutradara pemenang Best Asean Feature Award di Bangkok International Film, James Lee.

Idea skrip oleh James Lee, Baizura Kahar dan Shamaine Othman.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Histeria [Music Video] Histeria OST - Nadia AF

Tajuk: Histeria

Penyanyi: Nadia AF

Komposer: Nurzaidi Abd Rahman

Penulis lirik: Nurzaidi Abd Rahman

histeria 2008

Kredit foto: Instagram James Lee

Waktu Siaran

Tayangan serentak episod pertama bakal disiarkan pada 6 Jun 2022 jam 9 malam di Astro Citra (saluran 108) dan Astro Ria (saluran 104).

Minggu-minggu berikutnya menemui penonton secara eksklusif di saluran Astro Citra pada setiap hari Isnin, pukul 9 malam selama lapan episod.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, anda juga boleh strim di platform online iaitu di aplikasi Astro Go atau On Demand.

Kredit video: Tayangan Perdana - Histeria The Series Episod 1




Hakcipta iluminasi.com (2017)