Oleh pada 08 Oct 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Astro Originals bakal mempersembahkan sebuah lagi drama terbaharu iaitu One Cent Thief di platform Astro Citra (saluran 108), setiap Sabtu, mulai 8 Oktober 2022. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh menstrim di platform Astro Go atau On Demand.

  

One Cent Thief merupakan drama tempatan yang membawakan subjek 'heist' dan diilhamkan daripada kisah "jutawan 1 sen" yang pernah menggemparkan Malaysia suatu ketika dahulu.

  

Siri genre thriller jenayah ini dihasilkan sebagai jalan cerita baharu dengan ramuan nilai komersial untuk tontonan. Diarahkan oleh Ariff Zulkarnain dan idea asal oleh Alfie Palermo.

  

aman shah

Kredit foto: Instagram Ariff Zulkarnain

  

Sinopsis

Mengisahkan Iman Shah (Syafiq Kyle), seorang pekerja bank muda yang berdepan tekanan kewangan apabila keluarganya dilanda kesusahan.

  

Terdesak untuk membiayai kos rawatan dan membayar hutang ceti haram bapanya, dia menggunakan pengetahuannya dalam Teknologi Maklumat (IT) untuk menggodam sistem Bank Bintang, tempat dia bekerja - bagi 'merompak' satu sen daripada setiap akaun pelanggan berdaftar.

  

Selepas berjaya memperolehi wang yang banyak iaitu jutaan ringgit, Iman cuba memadamkan bukti sebelum polis tiba menyiasat tempat kerjanya. Rompakannya hampir sempurna dan tidak dapat dikesan.

  

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Roti Cicah Susu (Astro Ria)

  

one cent thief true story

Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd

  

Pelakon / Cast

One Cent Thief membariskan gandingan pelakon terkemuka tanah air antaranya Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Amerul Affendi, Sofia Jane, Fadhli Masoot, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo, Aleza Shadan, Zain Hamid, Syed Irfan, Sathisvaran Magesvaaran, Rubi Rubini, Amir Nafis, Krishna Kumar Nair dan Airiezara Jasmin. Selain itu, ia turut menyaksikan penampilan istimewa Tan Sri Nazir Razak.

  

Watak Pelakon

Syafiq Kyle sebagai Iman Shah

Faizal Hussein sebagai Abah (Shah Karim)

Azira Shafinaz sebagai Intan

Amerul Affendi sebagai Kadak

Sofia Jane sebagai Ibu Zara

Fadhli Masoot sebagai Shemad

Aleza Shadan sebagai Mak Iman

Syed Irfan sebagai Iman Muda

Amir Nafis sebagai Wan Zairol

Fabian Loo sebagai Ash Lee

Aghonderan Sahadevan sebagai Devan

Carmen Soo sebagai Irene

Rubi Rubini sebagai Mimi

Airiezara Jasmin sebagai Intan Muda

Sathisvaran Magesvaaran sebagai Dinesh

Krishna Kumar Nair sebagai Sathish

  

one cent thief astro

Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Dicipta oleh Alfie Palermo, beliau juga terlibat sebagai ketua pasukan penulis skrip Astro Shaw bersama Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain dan Zaim Zakki.

  

One Cent Thief telah mendapat sentuhan oleh pengarah muda yang namanya semakin meningkat di kalangan audiens sejak mengarah telemovie seperti Cerai, Rompak Raya, dan drama premium Dukun Diva, Ariff Zulkarnain.

  

Terbitan produksi Astro Shaw Sdn Bhd bersama Independent Pictures.

  

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Punca

  

Tajuk: Punca

Penyanyi: Lil J & Putera Muhammad

Komposer: Amy Bong, Wan Saleh

Penulis lirik: Amy Bong,Ateh Zack, Lil J

  

one cent thief malaysia

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Waktu Siaran

8 episod One Cent Thief bermula 8 Oktober 2022, setiap hari Sabtu, pukul 9 malam. Ia ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa iaitu Astro Ria HD saluran 104, Astro Vinmeen HD saluran 202, Astro Shuang Xing HD saluran 307 (episod 1 tayangan serentak 8 Oktober, 9.00 malam, manakala episod seterusnya setiap Sabtu pada pukul 11 malam), dan PRIMEtime saluran 704.

  

Tonton setiap episod baru seminggu lebih awal daripada siaran di saluran linear setiap Sabtu jam 12 tengah malam secara strim di platform online, Astro GO atau On Demand untuk pilihan alternatif.

  

Kredit video: ONE CENT THIEF - OFFICIAL TRAILER | EPISOD 1 8 OCTOBER 2022 - SIRI TERKINI TRUE STORY INSPIRASI KISAH PENCURI 1 SEN

  




Hakcipta iluminasi.com (2017)