Oleh pada 15 Jan 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Malaysia

   

Drama premium 'Projek: High Council' merupakan drama bersiri premium terbaru daripada Astro Originals selepas kejayaan siri One Cent Thief dan Kudeta.

Membangkitkan satu isu yang pernah menggegarkan Malaysia iaitu kemunculan kumpulan gengsterisme, High Council di sebuah sekolah berasrama penuh, ia adalah sebuah cerita fiksyen yang diinspirasikan daripada kisah benar.

Naskhah ini akan mengutarakan masalah dalam kalangan remaja, juga mendedahkan sudut emosi dalaman mereka yang diselubungi kepincangan sistem kekeluargaan, konflik dan isu seperti buli, psikologi dan pengaruh rakan sebaya di sekolah.

   

high council episode 1

Kredit foto: Instagram Edika Yusof

   

Sinopsis

Fakhri (Mierul Aiman), 15 tahun, pelajar pintar yang sering bergaduh, berbekalkan keinginan untuk berubah, diterima masuk ke sekolah berasrama berprestij, Kolej Ungku Deramat (KUDRAT).

Bagaimanapun, dia menjadi sasaran utama pelajar-pelajar yang ingin mendaki heiraki High Council, apabila Fakhri mula membongkar rahsia tradisi sekolah itu.

Mahu menghapuskan ketidakadilan dan salah guna kuasa dalam kalangan pelajar, Fakhri melibatkan dirinya dalam gelanggang 'pilihan raya', sebuah pertandingan sulit dalam menentukan 'kepala' sekolah.

Fahkri menyedari hakikat pilihannya itu bakal berdepan dengan sesuatu yang terlalu sukar baginya, lantas adakah dia akan mencapai sasaran merampas takhta sebagai 'kepala' di situ? Apakah kesukaran yang akan mengujinya ketika cuba mencapai matlamatnya?

    

Baca: 10 Drama Astro Original Series Wajib Tonton!

Baca: 8 Fakta Hazeeq Dean, Pelakon Drama Projek High Council Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Syed Irfan, Pelakon Drama Projek High Council

Baca: Biodata Fadhli Masoot, Pelakon Drama Projek High Council

Baca: 8 Fakta Nadhir Nasar, Pelakon Drama Projek High Council Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 8 Fakta Mierul Aiman, Pelakon Drama Projek High Council Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Projek High Council : Sinopsis Setiap Episod - 1 Hingga 10

Baca: 8 Fakta Amir Ahnaf, Pelakon Drama Projek High Council Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Projek High Council Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Info Dan Sinopsis Special Force: Anarchy, Siri Original Disney+ Hotstar

Baca: Biodata Mierul Aiman (Juara Hero Remaja 2021), Pelakon Drama Projek: High Council

Baca: Biodata Amir Ahnaf (Hero Remaja 2021), Pelakon Drama Projek: High Council

projek high council episode 1

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Pelakon / Cast

Drama bersiri premium Malaysia 2023 ini menampilkan barisan pelakon yang semakin meningkat naik dan juga popular iaitu Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Naim Daniel, Yusof Hashim, Daiyan Trisha, Hasnol Rahmat, Azhar Sulaiman, Edika Yusof, Shasha Abedul, Sazzy Falak, Aida Aris, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris , Ameer Asyraf, Muzayyin Mahyuddin, Hazeeq Dean, Ben Tan, Sathisvaran M Magesvaran, Kahoe Hon, Danish Zamri dan Syed Irfan.

   

Watak Pelakon

Nadhir Nasar sebagai Naim

Mierul Aiman sebagai Fakhri

Daiyan Trisha sebagai Mia

Amir Ahnaf sebagai Kahar

Yusof Hashim sebagai Amerr

Fazziq Muqris sebagai Zahrin

Fadhli Masoot sebagai Hakeem

Hazeeq Dean sebagai Ariz

Sathis Varan sebagai Prakash

   

high council astro

Kredit foto: Instagram Nadhir Nasar

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama ini diarahkan oleh pengarah merangkap penulis skrip iaitu Anwari Ashraf, arahan bersama Zulaikha Zakaria dan diterbitkan oleh produksi Pasal Productions Sdn Bhd.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Firdaus Rahmat - Test Drive (OST Projek: High Council - Official Music Video)

Tajuk: Test Drive

Penyanyi: Firdaus Rahmat

Komposer: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, Omar K

Penulis lirik: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, Omar K

   

project high council

Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd

   

Waktu Siaran

Saksikan 10 episod siaran High Council dalam talian (online) di Astro On Demand atau Astro GO mulai 14 Januari 2023 dan saluran linear, Astro Ria (saluran 104) bermula 23 Januari 2023, setiap hari Isnin pukul 9 malam.

Kredit video: OFFICIAL TRAILER - Project : High Council. Episod 1 Pada 14 Januari 2023

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)