Oleh pada 05 Dec 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd

Sebuah lagi drama di bawah payung penjenamaan Astro Original Series berjudul Kudeta lakonan hebat dari gandingan Vanidah Imran, Aedy Ashraf dan Adlin Aman Ramli menemui penonton bermula 20 November 2022.

Ia merupakan sebuah drama politik Malaysia 2022 - versi siri untuk filem Daulat yang pernah disiarkan menerusi platform online, iflix pada 4 April 2020.

kudeta series

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Sinopsis

Coup d'état (dalam Bahasa Perancis) atau dalam bahasa melayu, 'Kudeta' bermaksud penggulingan dan rampasan kuasa suatu pemerintahan, biasanya secara ganas dan tiba-tiba oleh kumpulan tertentu.

PLOT

Bagi mengelak rampasan kuasa, Mariam Imran (Vanidah Imran) sebagai perdana menteri wanita pertama Masraya, cuba mengekalkan kuasanya atas gabungan parti yang goyah.

Bagaimanapun pada hari pertama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, pelantikannya telah dipersoalkan, manakala ekonomi negara yang lumpuh perlu ditangani.

Tekanan berterusan dengan penambahan ahli baru dan konflik kehidupan peribadi, sehingga menjejaskan emosinya, jika tidak dikawal boleh mempengaruhi setiap keputusannya sebagai Perdana Menteri.

Sementara itu, seorang wartawan muda menyiasat insiden misteri apabila mendapati sesuatu yang mencurigakan di sebalik pergolakan yang berlaku. Adakah penemuannya akan menjejaskan kedudukan Mariam sebagai Perdana Menteri Masraya?

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 (Astro Ria & Gempak)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Yang Ku Jadikan Suami (Slot Megadrama Astro Ria)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Roti Cicah Susu (Astro Ria)

kudeta astro

Kredit foto: Instagram @chazynash

Pelakon / Cast

Menggabungkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Vanidah Imran, Adlin Aman Ramli, Aedy Ashraf, Namron, Sangeeta Krishnasamy, Aqasha, Koe Yeet, Fazlina Ahmad Daud, Chelsia Ng serta penampilan Dr Maszlee Malik.

Vanidah Imran menggalas watak utama sebagai Mariam Imran, manakala Aedy Ashraf melakonkan peranan Putra, Adlin Aman Ramli sebagai Rahman dan Nam Ron sebagai Hamid.

Watak Pelakon

Vanidah Imran sebagai Mariam Imran

Aedy Ashraf sebagai Putra

Adlin Aman Ramli sebagai Rahman

Koe Yeet sebagai Flora

Aqasha sebagai Yusuf

Nam Ron sebagai Hamid

Sangeeta Krishnasamy sebagai Sunita

kudeta drama

Kredit foto: Instagram @samfikriii

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Arahan bersama Imran Sheik dan Kroll Azry ini merupakan sebuah siri televisyen terbitan produksi Lacuna Pictures Sdn Bhd dan mendapat sentuhan daripada panel penulis skrip terdiri daripada June Tan, Imran Sheik, Zuli Ismail dan Hadi M Nor.

kudeta episode

Episod 1 Kvdeta menemui penonton pada 20 November 2022. Kredit foto: Instagram Koe Yeet

Waktu Siaran

Drama terdiri daripada rantaian episod dan ditayangkan secara mingguan ini bermula dari 20 November 2022 setiap hari Ahad di Astro On Demand dan Astro GO, atau di Astro Ria (saluran 104) pada hari Isnin pukul 9 malam dan PRIMETime (saluran 704) pada hari Jumaat jam 10 malam.

Kredit video: Kudeta The Series - Official Movie Trailer




Hakcipta iluminasi.com (2017)