Oleh pada 31 Dec 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

"Kampong Pisang Bersiri-Siri" merupakan sebuah siri drama premium bergenre komedi seram arahan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-21, Mamat Khalid.

Siri daripada jenama ‘Astro Originals' ini merupakan ilham daripada francais filem blockbuster nombor satu tanah air, Kampung Pisang.

Lima buah filem di bawah francais Kampung Pisang adalah ‘Hantu Kak Limah’ (RM38.6 juta, tahun 2018), ‘Zombie Kilang Biskut’ (RM1.5 juta, 2014), ‘Husin, Mon & Jin Pakai Toncit’ (RM6.4 juta, 2013), ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ (RM8 juta, 2010) dan ‘Zombi Kampung Pisang’ (RM2.4 juta, 2007). Kutipan pecah panggung kesemuanya berjumlah RM56.9 juta.

Mengekalkan latar belakang lokasi Kampung Pisang, watak-watak yang cukup sinonim dengan francais ini kembali menggamatkan siri berdurasi sejam ini.

Antaranya termasuk Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) serta penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.

Juga muncul sebagai watak tambahan baharu adalah Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.

    

pelakon kampung pisang bersiri siri

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Sinopsis

Kampung Pisang kembali berdepan pelbagai misteri yang mengganggu ketenteraman penduduknya.

Antara yang membuat 'kecoh' adalah hantu toyol, hantu rempit, serigala jadian, hantu sungai, orang minyak, zombi, makhluk asing, pocong dan tidak terkecuali, hantu Kak Limah!

Penduduk tidak mempunyai pilihan lain melainkan bersatu hati dalam menangani misteri yang bertimpa datang, sekaligus meraih kembali ketenteraman kampung kesayangan ramai ini.

   

kampung pisang bersiri 632

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Pelakon

Dibintangi Kazar Sairi, Bell Ngasri, Nazeera Sardi, Datuk Awie, Hazama, Delimawati, Soffi Jikan, Joey Daud, Ellie Suriaty, Pekin Ibrahim, Ozlynn Wati, Shuk Sahar, Adam AF, Imuda, Aziz M. Osman, Mat London (Ahmad Ibrahim), Avaa Vanja, Dewa Sapri, Jasper Supayah, Reza Hasbi, Afea Deanna, Kamarool Hj Yusof, TJ Isa, Ayie Hushairi, Faizal Chal, Latiff Zami, Annie Mosha, Nasir Jani, Soya, Sharwani, Akmal Ahmad, Wan Raja, Azlan Komeng dan Mohd Rashid.

   

Baca: Biodata Nazeera Sardi

Baca: Biodata Hazama

Baca: Biodata Sofi Jikan

Baca: Biodata Pekin Ibrahim

Baca: Biodata Ozlynn Wati

Baca: Biodata Jasper Supayah

Baca: Biodata Reza Hasbi

Baca: Biodata Afea Deanna Baharudean (Yah Kuchai)

       

kampung pisang bersiri siri episode

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Daripada produksi Astro Shaw Sdn Bhd, hasil sentuhan pengarah Mamat Khalid.

    

kampong pisang bersiri siri

kampong pisang bersiri

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Waktu Siaran / Tarikh Tayangan

Bermula 7 Disember 2020, setiap hari Isnin, jam 9 malam di Astro Citra - saluran 108 (HD) dan 128 (SD) untuk siaran selama 12 episod.

Selain itu boleh didapati di platform digital, Astro GO atau On Demand.

Perkembangan terkini berupa berita mingguan menemui penonton di rancangan Gempak TV yang bersiaran setiap Rabu, jam 11 malam di Astro Ria.

   

Baca: Info Dan Sinopsis Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang (Astro First)

   

Kredit video: TAYANGAN PERDANA KAMPONG PISANG BERSIRI-SIRI

   

Sumber:

1. Daripada Francais Filem Komedi No 1 Malaysia, Kini ‘Kampung Pisang’ Hadir Dalam Bentuk Bersiri-Siri Eksklusif di Astro

2. Kalau dulu filem, sekarang Kampung Pisang bersiri siri pula

3. Instagram Astro Gempak

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)