Oleh pada 28 Nov 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Barisan penyanyi yang dijangka menyertai Gegar Vaganza (GV) edisi akan datang menjadi bahan bualan netizen susulan musim kesembilan yang baru sahaja tamat bersiaran.

   

gegar vaganza 264

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Peminat muzik membawa kembali barisan nama terkenal yang pernah menghiasi dunia seni tanah air, untuk dicalonkan sebagai peserta Gegar Vaganza musim kesepuluh (GV10) yang dijangka diadakan pada tahun 2023.

Para penyanyi lelaki yang pernah dikenali antara nama yang disebut ramai di media sosial untuk muncul; seperti Fairuz Q-Face, Fiq Mentor, Renggo Arrow, Poey Stings, Radhi OAG, Andy Flop Poppy, Tam Spider, Aris Ariwatan, Man Bai dan Lah Ahmad.

Manakala jangkaan penyertaan penyanyi wanita ialah antaranya Azie, Arni Nazira, Illa Sabry, Juliana Banos, Alina Hassan, Krisya, Abot, Raja Ema, Ruhil Amani dan Elda Susanti.

Penglibatan penyanyi era 2000-an yang dinanti-nantikan peminat untuk melengkapkan saingan tersebut ialah Idayu AF, Farhan AF, Shahir, Mawi, Taufik Batisah, Imran Ajmain, Reshmonu dan Asmidar.

Barisan penghibur legenda negara yang tidak ketinggalan diperkatakan, seperti Ramlah Ram, Ziana Zain, Francisca Peter, Zaiton Sameon, Dayangku Intan, Mael XPDC dan Sahara Yaacob.

Manakala penyanyi berkumpulan pula antaranya A To Z, Feminin, 4U2C, Ruffedge, X Factor, Shades dan Kopratasa.

Walaupun terlalu awal untuk membuat tekaan, namun siapa tahu ada nama-nama yang disebut-sebut ini bakal melangkah kaki ke pentas GV edisi seterusnya? Sama-sama kita nantikan!

      

Baca: Senarai Peserta, Calon Hot Seat, Cara Undian Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10), Himpunan Juara!

Baca: Kini Kembali! Ini 8 Fakta Info Gegar Vaganza 2023 (Musim 10)

      

Baca: Akademi Fantasia (AF) Kembali Di Tahun 2023?

Baca: Keputusan Markah Konsert Akhir Gegar Vaganza 2022 (GV9) - Juara, Pemenang, Finalis

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 11

Baca: Biodata Penyanyi Jaclyn Victor, Peserta Gegar Vaganza 2022 Musim 9 (GV9)

Baca: Senarai Lagu Separuh Akhir / Semi Final Muzik Muzik 37 (SFMM 2022)

gegar vaganza final 746

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Senarai Pemenang Juara Gegar Vaganza

GV1 / Musim 1 (2014) - Ayai Illusi

GV2 / Musim 2 (2015) - Siti Nordiana

GV3 / Musim 3 (2016) - Azharina Azhar

GV4 / Musim 4 (2017) - Aishah

GV5 / Musim 5 (2018) - Noryn Aziz

GV6 / Musim 6 (2019) - Naqiu (Boboy) & Hady Mirza

GV7 / Musim 7 (2020) - Cliff Umar

GV8 / Musim 8 (2021) - Aliff Aziz

GV9 / Musim 9 (2022) - Jaclyn Victor

*Lain-lain bekas peserta GV termasuk Zamani Slam, Mus May, Noraniza Idris, Liza Hanim, Mamat Exist, Ameng Spring, Siti Sarah Raisuddin, Maya Matahari, Shila Amzah, Tomok, Aweera, Elly Mazlein dan ramai lagi.

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2022 Live + Minggu 11 Akhir / Final




Hakcipta iluminasi.com (2017)