Oleh pada 25 Nov 2022 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

30 buah lagu telah disenarai pendek untuk bersaing dalam Separuh Akhir Muzik Muzik musim 37 (SAMM37 / SFMM37) yang merupakan program variasi carta mingguan lagu-lagu paling popular di Malaysia.

semi final muzik muzik 37

Kredit foto: Instagram Muzik Muzik 37

Lagu-lagu yang layak ke peringkat ini akan dipersembahkan secara 'live' pada 25 November 2022 (pukul 3 petang hingga 6 petang) dan 26 November 2022 (pukul 3 petang hingga 5.30 petang), disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral untuk tayangan di TV3 serta laman Tonton (online).

Episod pertama SAMM37 dihoskan oleh pengacara Muaz Mohamed dan Izzue Islam akan membawakan tema genre muzik Rock & Roll, manakala episod kedua pula menampilkan tema genre Pop dan Pop Ethnic dengan persembahan istimewa daripada artis jemputan hebat Malaysia seperti Ramlah Ram, Kristal X, Elyana, Farahdhiya, Ezlynn dan Syura.

    

Difahamkan, jumlah penyertaan bagi pencalonan Muzik Muzik musim ini menunjukkan peningkatan berbanding sebelumnya, selain menyaksikan pencalonan pelbagai genre berbeza; manakala lagu-lagu yang bersaing di pentas SAMM37 pula dilabelkan oleh juri sebagai "karya gred A".

SAMM37 turut menyaksikan penguasaan wajah-wajah penyanyi popular yang aktif dan masih relevan dalam industri muzik semasa. Antaranya ialah Yonnyboii, Siti Nordiana, Ernie Zakri, Dolla, Aina Abdul, Haqiem Rusli, Khai Bahar, Amir Masdi, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah dan ramai lagi.

Berikut senarai lagu yang layak ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 37:

Baca: Keputusan Senarai 12 Lagu Finalis Anugerah Juara Lagu 36 (2021 / 2022)

Baca: Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM 2021)

Senarai 30 Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SAMM37) 2022

1. Tak Sangka

Penyanyi : Yonnyboii

Komposer : Yonnyboii, Zyn Akal & Asyraf Nasir

Penulis lirik : Yonnyboii, Zyn Akal & Asyraf Nasir

2. Cukup Derita Itu

Penyanyi : Siti Nordiana

Komposer : Tam Spider

Penulis lirik : Siti Rosmizah Semail

3. Korban

Penyanyi : Ernie Zakri

Komposer : Ernie Zakri

Penulis lirik : Ernie Zakri

4. Takluk Cinta

Penyanyi : Hafiz Suip

Komposer : Firdaus Rahmat, Iqie Hugh & John Jeeves

Penulis lirik : Firdaus Rahmat, Iqie Hugh & John Jeeves

5. Berani

Penyanyi : Kumpulan Dolla

Komposer : John Jeeves & Firdaus Rahmat

Penulis lirik : John Jeeves & Firdaus Rahmat

6. Berakhirlah Pencarianku

Penyanyi : Hafiz Suip & Ernie Zakri

Komposer : Dato A.Aida

Penulis lirik : Ikhwan Fatanna & Wan Saleh

*Digantikan oleh penyanyi Ahmad Syafiq dan Wani Kayrie

7. Bahagiakan Dia

Penyanyi : Liza Hanim & Shila Amzah

Komposer : Aliff Iskandar

Penulis lirik : Aliff Iskandar & Que Afiq

8. Payung Pelangi

Penyanyi : Noki & MK K-Clique

Komposer : Noki & MK K-Clique

Penulis lirik : Noki & MK K-Clique

9. Perempuan

Penyanyi : Jaclyn Victor

Komposer : Johan John

Penulis lirik : Khaleel

10. Debu

Penyanyi : Dayang Nurfaizah & Amir Masdi

Komposer : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim

Penulis lirik : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim

11. Khilaf Asmara

Penyanyi : Shila Amzah

Komposer : Amylea

Penulis lirik : Amylea

12. Kisah Hati Lara

Penyanyi : Naqiu

Komposer : Johan John & Naqiu

Penulis lirik : Khaleel, Wit & Mohsen

13. Kembali Terang

Penyanyi : Marsha Milan Londoh

Komposer : Senna & Ajin

Penulis lirik : Senna

14. Hitam Saksi Putih

Penyanyi : Haqiem Rusli

Komposer : Haqiem Rusli

Penulis lirik : Haqiem Rusli

15. Terus Hidup

Penyanyi : Aina Abdul

Komposer : Aina Abdul

Penulis lirik : Aina Abdul

16. Mainan

Penyanyi : Naim Daniel

Komposer : Firdaus Rahmat, Omar K & Mas Dewangga

Penulis lirik : Arisz Ab Rahman

17. Sama Seperti Dulu

Penyanyi : Hael Husaini

Komposer : Hael Husaini & Iqie Hugh

Penulis lirik : Hael Husaini

18. Sengsara

Penyanyi : Khai Bahar

Komposer : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K

Penulis lirik : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K

19. Habis Sini

Penyanyi : Naim Daniel & Joe Flizzow

Komposer : Naim Daniel, Joe Flizzow, Sonaone, Mas Dewangga & Firdaus Rahmat

Penulis lirik : Naim Daniel, Joe Flizzow, Sonaone, Mas Dewangga & Firdaus Rahmat

20. Satu Malam Di Temasek

Penyanyi : Joe Flizzow & Sonaone

Komposer : Sonaone

Penulis lirik : Joe Flizzow & Sonaone

21. Makuta

Penyanyi : Hazama, Kmy Kmo, Luca Sickta

Komposer : Kmy Kmo, Luca Sickta

Penulis lirik : Kmy Kmo, Luca Sickta

22. Nang

Penyanyi : Iman Troye

Komposer : Ezra Kong & A.Ramlee

Penulis lirik : Ezra Kong & A.Ramlee

23. 24434

Penyanyi : Floor88

Komposer : Zai Hamzah

Penulis lirik : Achoi Floor 88

24. Anugerah Terindah

Penyanyi : Alif Satar & The Locos

Komposer : Alif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry Arwis

Penulis lirik : Alif Satar, Shah Shamshiri & Romeo

25. Esok

Penyanyi : Amir Masdi

Komposer : Amir Masdi, Shazee Ishak & Audi Mok

Penulis lirik : Amir Masdi, Shazee Ishak & Audi Mok

26. Damba

Penyanyi : Khai Bahar

Komposer : Iqie Hugh & Omar K

Penulis lirik : Iqie Hugh & Omar K

27. Irama

Penyanyi : Shiha Zikir

Komposer : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves

Penulis lirik : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves

28. Demi Kamu

Penyanyi : Indah Ruhaila

Komposer : Johan John

Penulis lirik : Khaleel

29. Sumpahan Salju

Penyanyi : Ara Johari

Komposer / Penulis lirik : Ziin & Jerry

30. Sempurna

Penyanyi : Insomniacks

Komposer : Iqie, Iskandar, Danial , Gavin

Penulis lirik : Iqie & Danial

Kredit video: LIVE Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 - Hari Pertama | #SFMM37




Hakcipta iluminasi.com (2017)