Oleh pada 27 Nov 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Konsert akhir Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) menyaksikan pertembungan antara enam finalis dalam merebut gelaran juara.

Kemuncak sengit itu membabitkan enam penyanyi iaitu; Jaclyn Victor, Shila Amzah, Bob Yusof (AF2), Tomok (New Boyz), Hazrul Nizam (Singapura) dan Kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim).

gegar vaganza 239

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Tema yang diangkat, Kemanisan Di Akhir Garisan menampilkan para peserta mempersembahkan lagu-lagu solo dan battle dalam dua buah pusingan.

Keputusan persaingan akhir ditentukan oleh barisan juri tetap terdiri daripada Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat, dengan Datuk Ramli MS sebagai ketua juri, manakala Datuk Edry Abdul Halim sebagai juri jemputan. 

Kedudukan dan keputusan markah penuh adalah seperti berikut:-

gegar vaganza final 935

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Carta Kedudukan Dan Keputusan Markah Peserta Konsert Final Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 11 - Juara, Pemenang, Finalis       

Juara - Jaclyn Victor - 85.86%

Tempat kedua / naib juara - Bob Yusof - 76.28%

Tempat ketiga - Shila Amzah - 76.02%

Tempat keempat - Tomok - 75.83%

Tempat kelima - Kumpulan VE - 72.39%

Tempat keenam - Hazrul Nizam - 69.75%

Anugerah Next Level Digi - Jaclyn Victor (wang tunai RM5,000)

Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak - Bob Yusof

Bintang Memukau Adabi - Jaclyn Victor (wang tunai RM2,000 serta produk Adabi bernilai RM500)

Artis jemputan konsert akhir - Ramlah Ram, Amelina, Siti Nordiana, Azharina Azhar, Naqiu, Linda Nanuwil, kumpulan Sa. Ya dan Sam Innuendo.

Baca: Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2023 Musim 10 (GV10)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 11

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Jaclyn Victor, Peserta Gegar Vaganza 9

Baca: Senarai Lagu Separuh Akhir / Semi Final Muzik Muzik 37 (SFMM 2022)

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022)

Terdahulu, GV9 menghentikan penyertaan penyanyi Roy Kapilla, Haida Hasnan, Pat Candy, Tom My Starz LG, Asheed Def Gab C, Dina Nadzir dan Fuad Rahman yang masing-masing tersingkir di penghujung minggu kedua, ketiga, kelima, ketujuh, kesembilan (suku akhir) dan kesepuluh (separuh akhir).

Sekadar info, GV pernah mengangkat sembilan lagi pemenang juara dalam kesemua edisi terdahulu. Mereka ialah juara GV1, Ayai Ilusi, Siti Nordiana (GV2), Azharina Azhar (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu Boboy & Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7) dan Aliff Aziz (GV8).

Konsert GV9 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam.

Siaran bermula 18 September 2022, kendalian pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein itu juga boleh distrim dalam talian (online) di aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

   

Trivia GV9

1. Menyaksikan kelainan apabila pihak produksi memberi peluang kepada penyanyi yang masih aktif sebagai peserta.

2. Pengacara Jihan Muse telah digantikan oleh Elly Mazlein bergandingan dengan hos tetap Nabil Ahmad.

3. Musim kali ini masih mengekalkan tiga juri tetap GV8.

4. GV9 turut membuat kejutan apabila saingan dilanjutkan seminggu lagi, sekaligus konsert akhir GV9 yang dijadual diadakan pada 20 November dibawa ke minggu berikutnya iaitu 27 November 2022.

    

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2022 Live + Minggu 11 Akhir

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)