Oleh pada 24 Oct 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Di penghujung konsert keenam saingan Gegar Vaganza musim ke 9 (GV9) menyaksikan penyanyi, Asheed Def Gab C menduduki tempat tercorot namun terselamat daripada penyingkiran.

Minggu bertemakan 'Citarasa Antara Benua' menerusi pertaruhan lagu berbahasa asing itu memperlihatkan Asheed menyanyikan lagu Sweet Child O' Mine yang dipopularkan oleh Guns N' Roses, dan hanya mampu berpuas hati dengan markah 59.90% yang diberikan oleh juri. 

Sementara itu, konsert tersebut merupakan malam buat penyanyi Tomok yang mencapai tempat pertama selepas mendapat markah tertinggi iaitu 84.00% menerusi persembahan lagu, Everybody dari Backstreet Boys.

    

gegar vaganza 620

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Maestro Datuk Ramli MS, penyanyi legenda Indonesia Hetty Koes Endang dan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat diundang sebagai juri tetap dan pengkritik yang membuat penilaian profesional dalam pertandingan itu.

Peserta lain yang menempah tempat untuk bertanding lagi minggu hadapan ialah Jaclyn Victor, Fuad Rahman (Singapura), Bob Yusof (AF2), Shila Amzah, Tom, Hazrul Nizam (Singapura), Dina Nadzir dan kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim).

    

Berikut adalah kedudukan dan markah untuk konsert keenam.

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 9 (2022) Minggu Keenam

1. Tomok New Boyz (Everybody) - 84.00%

2. Jaclyn Victor (Bukan Rayuan Gombal) - 82.40%

3. Shila Amzah (I Will Show You) - 76.60%

4. Bob Yusof (Kurik Kundi) - 76.40%

5. Hazrul Nizam (Yue Liang Dai Biao Wo De Xin) - 74.30%

6. VE (Killing Me Softly With His Song) - 73.60%

7. Fuad Rahman (My Sacrifice) - 73.10%

8. Tom (I Hate Myself For Loving You) - 63.50%

9. Asheed Def Gab C (Sweet Child O' Mine) - 59.90%

Dina Nadzir (Januari) - Tidak membuat persembahan

Keputusan - Tiada bintang tersingkir

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 7

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 7

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Jaclyn Victor, Peserta Gegar Vaganza 9

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Tomok, Peserta Gegar Vaganza 9

Tomok yang memenangi persaingan ini diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Memukau Adabi dengan hadiah wang tunai RM1,000 bersama produk Adabi bernilai RM500.

Malah beliau juga merupakan pemenang Anugerah Next Level Digi, manakala Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak menjadi milik Jaclyn Victor.

Dina Nadzir tidak tampil bertanding kerana bapanya baru sahaja meninggal dunia pada pagi Ahad.

GV9 menampilkan hos Nabil Ahmad mengacarakan program itu bersama selebriti serba boleh, Elly Mazlein.

Bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), ia merupakan program secara langsung di Astro Ria (saluran 104) yang dijadualkan setiap hari Ahad, pukul 9 malam bermula pada 18 September 2022.

Anda juga boleh menonton secara penstriman dalam talian (online) pada platform On Demand melalui Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel berikut: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022)

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2022 Live + Minggu 6




Hakcipta iluminasi.com (2017)