Oleh pada 31 Oct 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Saingan Gegar Vaganza musim ke 9 (GV9) minggu ketujuh yang berlangsung malam tadi, di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), menyaksikan Tom gagal layak ke peringkat seterusnya.

Menyampaikan lagu Akhirnya Kini Pasti nyanyian asal Anita Sarawak, Tom terpaksa akur menerima keputusan markah, 55.20% daripada juri terdiri daripada maestro muzik Datuk Ramli MS, penyanyi Indonesia Hetty Koes Endang dan pelakon Datin Marlia Musa — yang menggantikan posisi Datuk Syafinaz Selamat.

Sementara itu, Bob menduduki tempat pertama dengan markah tertinggi 85.60% menerusi persembahan lagu Kasih, rakaman asal oleh Sudirman Arshad.

Pada minggu tersebut, para peserta mendapat kepercayaan untuk membawakan lagu-lagu bertemakan 'Merentas Masa Kencang Selamanya' iaitu lagu-lagu pilihan dari era 50-an, 60-an, 70-an, 80-an dan 2000-an.

Lapan lagi peserta yang masih bertanding ialah Jaclyn Victor, Tomok (New Boyz), Shila Amzah, Hazrul Nizam (Singapura), Fuad Rahman (Singapura), Dina Nadzir, Asheed Def Gab C dan kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim).

Berikut adalah kedudukan dan markah di konsert ketujuh.

gegar vaganza 416

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 9 (2022) Minggu Ketujuh

1. Bob (Kasih) - 85.60%

2. Shila Amzah (Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu) - 84.10%

3. Tomok (Kenangan Lalu) - 81.50%

4. Dina (Lady Marmalade) - 77.10%

5. VE (Belaian Jiwa) - 76.70%

6. Jaclyn Victor (Dimana Kan Ku Cari Ganti) - 76.40%

7. Hazrul Nizam (Azizah) - 68.70%

8. Asheed Def Gab C (Pagi Yang Gelap) - 60.30%

9. Fuad Rahman (Hari Ini Dan Semalam) - 57.80%

10. Tom (Akhirnya Kini Pasti) - 55.20%

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 8

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 8

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Jaclyn Victor, Peserta Gegar Vaganza 9

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Tomok, Peserta Gegar Vaganza 9

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Hazrul Nizam, Peserta Gegar Vaganza 9

Bob dipilih sebagai pemenang Anugerah Bintang Memukau Adabi yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 bersama produk Adabi bernilai RM500.

Manakala Anugerah Next Level Digi turut menjadi milik Bob dan Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak pula diterima oleh Tomok.

GV9 dikendalikan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein yang bersiaran secara langsung di Astro Ria (saluran 104) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam bermula 18 September 2022.

Ia juga boleh diikuti melalui penstriman dalam talian (online) pada platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022)

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2022 Live + Minggu 7

 




Hakcipta iluminasi.com (2017)