Oleh pada 16 Aug 2023 kategori

        

Gegar Vaganza musim kesepuluh bakal membuka tirainya kepada penonton tidak lama lagi.

        

gegar vaganza 2023

           

Berdasarkan informasi daripada sumber Quake, iaitu sebuah laman web pengiklanan Astro, berikut adalah beberapa fakta yang dapat dihimpunkan mengenai edisi terkini program realiti nyanyian ini.

            

gegar vaganza 10

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

Namun, maklumat-maklumat ini mungkin berubah tertakluk kepada pihak produksi kerana masih belum dinyatakan secara rasmi.

Bagi mendapatkan butiran yang tepat dan lengkap mengenainya, nantikan sidang media GV2023 yang akan datang.

Selain itu, sebahagian info yang disediakan juga berdasarkan daripada liputan Astro Awani semasa mereka melaporkan sidang media GV Roadshow 2023, baru-baru ini.

          

peserta gegar vaganza 2023

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

Lapan Info Mengenai GV2023

          

peserta gegar vaganza 10

Kredit foto: Instagram @auraasheed

          

1. Menurut laman Quake, Gegar Vaganza musim baharu dijadualkan untuk memulakan tayangan pada 24 September 2023 dan akan ditutup dengan konsert akhir pada 10 Disember 2023. Namun, laporan dari laman Astro Awani minggu lalu menyatakan bahawa ianya dijangka untuk bermula pada bulan Oktober.

         

konsert gegar vaganza 2023

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

2. Quake mendedahkan bahawa terdapat 12 buah episod konsert dalam GV2023, di mana setiap episod akan berlangsung dalam jangka masa antara 150 hingga 180 minit.

          

juara gegar vaganza 2022

Kredit foto: Instagram Official Hlive

        

3. Dalam keterangan tambahan, jadual penayangan konsert GV masih ditetapkan pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam dan ditempatkan dalam slot saluran Astro Ria (104).

           

gegar vaganza 2022 701

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

4. Berdasarkan maklumat jadual siaran yang dikeluarkan lebih awal, seperti tahun lalu rancangan Vazz Vaganza yang berlangsung selama 30 minit sejurus selepas konsert utama masih lagi diteruskan tahun ini.

        

bila gegar vaganza 2023

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

5. Sementara itu, meraikan ulang tahun ke-10 Gegar Vaganza, Astro menganjurkan GV Roadshow 2023 buat pertama kalinya, yang akan diadakan di empat lokasi, iaitu Kuantan, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan satu lokasi di utara Malaysia, bermula pada 12 Ogos. Acara GV Roadshow 2023 bakal dimeriahkan dengan penyertaan bekas peserta GV seperti Wann, Elyana, Dina Nadzir, Aweera, Tom, Fuad Rahman, Sham Visa dan ramai lagi.

        

tarikh gegar vaganza 2023

Kredit foto: Instagram Meletop

         

6. Tidak hanya itu, konsert showcase "Jamming with the Stars" akan menghidupkan malam Khamis bermula 17 Ogos, jam 9 malam. Showcase ini bakal diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur dan turut boleh disaksikan secara langsung melalui platform digital Gempak. Barisan selebriti GV dari musim pertama hingga sembilan akan memeriahkannya, antaranya Jaclyn Victor, Aliff Aziz, Naqiu, Noryn Aziz, Dina Nadzir dan ramai lagi.

          

pemenang gegar vaganza

Farm Fresh kembali lagi sebagai penaja utama untuk Gegar Vaganza musim kesepuluh. Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

7. Difahamkan, pengumuman berkenaan barisan peserta, juri dan pengacara GV2023 dijadualkan akan diadakan pada 29 Ogos ini.

8. Seiring dengan usia sedekad Gegar Vaganza, Norzeha Mohd Salleh selaku Ketua Saluran Astro Ria berjanji akan membawa kelainan yang istimewa dalam musim ke-10. Beliau berkata, gabungan untuk musim kali ini amat luar biasa!

         

Baca: Info Penuh Program Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Senarai Peserta, Calon Hot Seat, Cara Undian Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10), Himpunan Juara!

Baca: Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2023 Musim 10 (GV10)

        

Senarai Pemenang Juara Gegar Vaganza

GV1 / Musim 1 (2014) - Ayai Illusi

GV2 / Musim 2 (2015) - Siti Nordiana

GV3 / Musim 3 (2016) - Azharina Azhar

GV4 / Musim 4 (2017) - Aishah

GV5 / Musim 5 (2018) - Noryn Aziz

GV6 / Musim 6 (2019) - Naqiu (Boboy) & Hady Mirza

GV7 / Musim 7 (2020) - Cliff Umar

GV8 / Musim 8 (2021) - Aliff Aziz

GV9 / Musim 9 (2022) - Jaclyn Victor

        

Kredit video: [LANGSUNG] Majlis Pengumuman Khas Gegar Vaganza | 9 Ogos 2023

        

Sumber:

1. Quake - Gegar Vaganza 10

2. GV Roadshow 2023 rai ulang tahun ke-10 Gegar Vaganza

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)