Oleh pada 17 Oct 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  
Penyanyi Pat Candy diumumkan sebagai peserta ketiga tersingkir pada minggu kelima saingan Gegar Vaganza musim ke 9 (GV9) yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.
  
Untuk minggu bertemakan 'Ku Seru Lagu Bertamu' berkonsepkan duet bersama artis jemputan, Pat yang menyanyikan lagu rakaman asal Drama Band, Babak Pertama bersama Aepul Roza, mendapat markah terendah iaitu hanya 58.40%.
  
Sementara itu, Jaclyn Victor berada di kedudukan pertama dengan perolehan markah 92.40% menerusi persembahan lagu Cinta dendangan asal Marsha Milan Londoh, duet bersama Aina Abdul.
  
Turut bersaing dengan mereka ialah sembilan lagi yang melangkah ke minggu keenam iaitu Shila Amzah, Hazrul Nizam (Singapura), Bob Yusof (AF2), Tomok (New Boyz), Fuad Rahman (Singapura), Tom, Asheed Def Gab C, Dina Nadzir dan kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim).
  
Kesemua peserta yang bertanding dalam GV9 diadili oleh juri tetap yang terdiri daripada pengarah muzik Datuk Ramli MS selaku ketua juri, penyanyi legenda Indonesia Hetty Koes Endang, bersama guru vokal Datuk Syafinaz Selamat.
  
Berikut adalah kedudukan dan markah minggu kelima.
  

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 9 (2022) Minggu Kelima

1. Jaclyn Victor & Aina Abdul (Cinta) - 92.40%
2. Shila Amzah & Mimi Fly (Tamparan Wanita) - 82.20%
3. Fuad Rahman & Naqiu (Gemuruh) - 81.70%
4. Bob Yusof & Zizi Kirana (Ombak Rindu) - 81.40%
5. Tomok & Suki (Mawarku) - 79.20%
6. Tom & Muss (Senja Nan Merah) - 76.40%
7. VE & Nikki Palikat (Hanya Memuji) - 76.00%
8. Hazrul Nizam & Liza Hanim (Haram) - 73.90%
9. Dina Nadzir & Kaka Azraff (Karma) - 67.60%
10. Asheed Def Gab C & Tam Spider (Angin) - 66.20%
11 Pat Candy & Aepul Roza (Babak Pertama) - 58.40%
  
  
Jaclyn Victor yang mengungguli minggu tersebut melayakkannya memenangi anugerah Bintang Memukau Adabi yang datang dengan hadiah wang tunai RM1,000 bersama produk Adabi bernilai RM500.
  
Manakala Anugerah Next Level Digi milik Hazrul Nizam, ​​sementara Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak pula diberikan kepada Bob Yusof.
  
Program yang dihoskan oleh pengacara Elly Mazlein dan Nabil Ahmad itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104) setiap hari Ahad, pukul 9 malam bermula 18 September 2022.
  
Pilihan alternatif, tonton secara online pada platform On Demand melalui Astro Box dan aplikasi Astro Go.
  
Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022)
  
  



Hakcipta iluminasi.com (2017)