Oleh pada 21 Nov 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Penyanyi Jaclyn Victor mengetepikan tujuh saingannya yang lain pada minggu separuh akhir Gegar Vaganza musim ke 9 (GV9) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.

Pada konsert kesepuluh rancangan terbabit, Jaclyn mempersembahkan lagu Tapi Bukan Aku nyanyian asal oleh Kerispatih dan Sampai Bila (Misha Omar) duet bersama Shila Amzah.

Jaclyn mengungguli persaingan dengan pungutan markah sebanyak 84.35%.

gegar vaganza 54

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Sementara itu, perjalanan peserta Dina Nadzir dan Fuad Rahman terhenti di konsert minggu bertemakan 'Separuh Aku Ada Kamu' itu. Dina menerusi penyampaian lagunya, Bukan Dia Tapi Aku nyanyian asal Judika dan Boneka (Ernie Zakri) bersama gandingan, Fuad Rahman.

Manakala Fuad Rahman turut tampil dengan persembahan solo menerusi Di Alam Fana Cinta yang dipopularkan Fotograf.

Persembahan mereka gagal menambat hati juri sepenuhnya apabila masing-masing hanya mendapat 59.20% dan 58.30% markah yang juga merupakan dua mata paling rendah.

Turut mengiringi penyertaan Jaclyn ke pusingan akhir minggu hadapan ialah Bob Yusof, Tomok (New Boyz), Shila Amzah, Hazrul Nizam (Singapura) dan kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim).

Tanggungjawab menilai persembahan peserta GV9 dipikul oleh tiga figura seni terkemuka iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat, selaku juri profesional tetap.

Berikut adalah markah peserta berdasarkan hasil penjurian profesional.

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza 9 (2022) - Minggu 10

1. Jac (Tapi Bukan Aku, Sampai Bila) - 84.35%

2. Shila Amzah (Sang Dewi, Sampai Bila) - 79.20%

3. Bob (Ajari Aku, Seniman Menangis) - 78.70%

4. Tomok (Suatu Masa, Seniman Menangis) - 75.95%

5. Hazrul Nizam (Hal Hebat, Kau Pun Sama) - 75.80%

6. VE (Azura, Kau Pun Sama) - 74.30%

7. Dina (Bukan Dia Tapi Aku, Boneka) - 59.20%

8. Fuad Rahman (Di Alam Fana Cinta, Boneka) - 58.30%

Baca: Keputusan Markah Konsert Akhir Gegar Vaganza 2022 (GV9) - Juara, Pemenang, Finalis

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 11

Jaclyn membawa pulang Anugerah Bintang Memukau Adabi bersama hadiah wang tunai RM1,000 berserta produk Adabi bernilai RM500.

Sementara itu, Dina Nadzir merangkul Anugerah Next Level Digi, manakala Shila Amzah pula dinobatkan dengan Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak.

Bersama pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein, konsert GV9 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu dibawakan secara langsung pada setiap hari Ahad pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Pertandingan yang bermula sejak 18 September 2022 ini juga boleh distrim secara dalam talian (online) di platform On Demand melalui Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022)

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2022 Live + Minggu 10 Separuh Akhir




Hakcipta iluminasi.com (2017)