Oleh pada 03 Oct 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Minggu ketiga Gegar Vaganza musim ke 9 (GV9) menyaksikan seorang lagi bintang tersingkir, Haida Hasnan menerusi konsert bertemakan 'Pilihanmu, Aku Lock!'.

Menerima markah 53.40%, penyanyi itu terpaksa akur meninggalkan pentas program selepas tugasan terakhirnya, Nang lagu asal nyanyian Iman Troye.

Sementara itu, kelebihan Shila Amzah dalam persembahan lagu Secangkir Madu Merah yang dipopularkan oleh Amelina dan Sheeda, membawanya bergelar juara mingguan apabila mencapai markah 78.80%.

Bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam, 10 peserta lain yang menyempurnakan tugasan lagu dalam episod tersebut termasuklah Jaclyn Victor, Tomok (New Boyz), Fuad Rahman (Singapura), Tom, Dina Nadzir, Bob Yusof (AF2), Asheed Def Gab C, Pat Candy, Hazrul Nizam (Singapura) dan kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim).

Keputusan dibuat berdasarkan markah oleh juri profesional tetap yang dilantik iaitu maestro muzik Datuk Ramli MS selaku ketua juri, penyanyi legenda Indonesia Hetty Koes Endang dan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat.

Penyanyi-penyanyi malam tadi mempersembahkan lagu yang diminta peminat.

Berikut adalah markah yang diperolehi oleh peserta daripada pemarkahan juri.

gegar vaganza 417

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 9 (2022) Minggu Ketiga

1. Shila Amzah (Secangkir Madu Merah) - 78.80%

2. Bob Yusof (Zalikha) - 77.30%

3. Hazrul Nizam (Fatwa Pujangga) - 71.90%

4. Asheed Def Gab C (Yang Penting Hepi) - 71.60%

5. Jaclyn Victor (Perawan Atau Janda) - 71.40%

6. Tomok (Hukum Karma) - 66.80%

7. Fuad Rahman (Gadis Melayu) - 65.90%

8. VE (Dari Sinar Mata) - 61.90%

9. Dina Nadzir (Laksmana Raja Dilaut) - 61.70%

10. Pat Candy (Cinta Gila) - 56.70%

11. Tom (Goyang Inul) - 55.50%

12. Haida Hasnan (Nang) - 53.40%

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 4

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 4

Kedudukan pertama melayakkan Shila Amzah menerima Anugerah Bintang Memukau Adabi bersama hadiah wang tunai RM1,000 dan produk Adabi bernilai RM500.

Anugerah Next Level Digi masih menjadi milik Fuad Rahman, manakala Tomok membawa pulang Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak.

Konsert GV9 adalah rancangan siaran langsung di Astro Ria (saluran 104) yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam setiap hari Ahad, pukul 9 malam sejak 18 September 2022.

Dihoskan oleh pengacara Elly Mazlein dan Nabil Ahmad, ia juga boleh ditonton di platform online melalui On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Maklumat tentang format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022)

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2022 Live + Minggu 3




Hakcipta iluminasi.com (2017)