Oleh pada 07 Nov 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Tiada penyingkiran! Kesemua sembilan peserta Gegar Vaganza musim ke 9 (GV9) terus mara ke konsert kesembilan peringkat suku akhir yang bakal berlangsung minggu hadapan.

Sementara itu, penyanyi Dina Nadzir diumumkan sebagai peserta tercorot dalam persaingan minggu kelapan malam tadi.

Dina hadir dengan penyampaian lagu Hijau dendangan asal Dato Zainal Abidin dan hanya mampu mencapai markah 60.60%.

Konsert di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu antara lain menyaksikan kedudukan nombor satu dihuni oleh Jaclyn Victor dengan mata 85.00% menerusi persembahan lagu Lelaki Ini yang dirakamkan oleh Anuar Zain.

Program realiti nyanyian itu menampilkan tiga juri profesional tetap yang bertindak membuat keputusan iaitu maestro muzik Datuk Ramli MS, penyanyi lagenda Indonesia Hetty Koes Endang dan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat.

Pada minggu yang mengangkat tema Kata Dikota Nama Di Carta itu, bintang GV menyanyikan lagu-lagu yang pernah mendominasi carta hit.

Selepas lapan minggu berjuang, hanya tinggal sembilan sahaja peserta yang tinggal, selain Jaclyn dan Dina ialah Shila Amzah, Bob Yusof, Tomok (New Boyz), Hazrul Nizam (Singapura), Asheed Def Gab C, Fuad Rahman (Singapura) dan kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim).

Berikut merupakan kedudukan dan markah yang dicapai oleh para bintang di episod kelapan.

gegar vaganza 185

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 9 (2022) Minggu Kelapan

1. Jaclyn Victor (Lelaki Ini) - 85.00%

2. VE (Rozana) - 80.40%

3. Tomok (Mentera Semerah Padi) - 79.00%

4. Hazrul Nizam (Widuri) - 73.40%

5. Bob (My Baby You) - 72.90%

6. Shila Amzah (Cuba) - 71.20%

7. Fuad Rahman (Laila Namamu Teratas)- 69.80%

8. Asheed Def Gab C (Tiara) - 63.20%

9. Dina (Hijau) - 60.60%

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 9 Suku Akhir

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 9 Suku Akhir

Keputusan - Tiada peserta tersingkir

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Jaclyn Victor, Peserta Gegar Vaganza 9

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Tomok, Peserta Gegar Vaganza 9

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Hazrul Nizam, Peserta Gegar Vaganza 9

Jaclyn selaku juara mingguan membawa pulang Anugerah Bintang Memukau Adabi yang disertakan dengan hadiah wang tunai RM1,000 bersama produk Adabi bernilai RM500.

Manakala Anugerah Next Level Digi dikurniakan kepada Tomok dan Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak pula disandang oleh Bob Yusof.

GV9 yang bermula sejak 18 September 2022 menghangat malam Ahad penonton Astro Ria (saluran 104) pada pukul 9 malam bersama pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

Rancangan secara langsung itu juga boleh distrim dalam talian (online) di platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022)

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2022 Live + Minggu 8




Hakcipta iluminasi.com (2017)