Oleh pada 10 Oct 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Gegar Vaganza musim ke 9 (GV9) minggu keempat tidak menamatkan penyertaan mana-mana penyanyi apabila tiada penyingkiran diumumkan, dalam konsert bertemakan 'Aman Di Mata, Damai Di Hati' itu.

Persembahan Kembara Di Tanah Gersang lagu asal Al Jawaher hampir gagal menyelamatkan penyanyi Pat Candy yang nyaris tersingkir apabila hanya mampu berpuas hati dengan markah yang diberikan juri, 55.60%.

Sementara itu, Jaclyn Victor memperoleh markah tertinggi malam tersebut iaitu 85.00% menerusi nyanyian lagu You Raise Me Up yang dipopularkan Secret Garden.

Sembilan lagi peserta yang masih bertarung untuk minggu hadapan ialah Tomok (New Boyz), Hazrul Nizam (Singapura), Bob Yusof (AF2), Shila Amzah, Asheed Def Gab C, Fuad Rahman (Singapura), Tom, Dina Nadzir dan kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim).

Kesemua peserta diadili oleh tiga juri profesional tetap iaitu maestro Datuk Ramli MS dan penyanyi legenda Indonesia Hetty Koes Endang, selain guru vokal Datuk Syafinaz Selamat.

Lagu-lagu bercorak kerohanian menjadi taruhan bintang yang bersaing.

Berikut adalah markah mereka berdasarkan penilaian juri profesional.

gegar vaganza 446

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 9 (2022) Minggu Keempat

1. Jaclyn Victor (You Raise Me Up) - 85.00%

2. Bob (Sumayyah) - 80.20%

3. VE (Kaulah Segalanya) - 79.10%

4. Tomok (Kau Yang Satu) - 77.60%

5. Hazrul Nizam (Ku Mohon) - 75.70%

6. Shila Amzah (Pudar) - 74.60%

7. Dina Nadzir (Mewangi) - 68.20%

8. Fuad Rahman (Layang Layang Terputus Talinya) - 65.00%

9. Asheed Def Gab C (Andai Ku Tahu) - 64.20%

10. Tom (Hanya Satu) - 58.50%

11. Pat Candy (Kembara Di Tanah Gersang) - 55.60%

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 5

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 5

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Jaclyn Victor

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Tomok (New Boyz)

Jaclyn Victor di tempat pertama memenangi Anugerah Bintang Memukau Adabi yang didatangkan dengan hadiah wang tunai RM1,000 berserta produk Adabi bernilai RM500.

Sementara itu, Anugerah Next Level Digi diberikan kepada Fuad Rahman, ​​manakala Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak menjadi milik Tom.

GV9 menyaksikan Elly Mazlein dan Sherry Alhadad yang menggantikan Nabil Ahmad sebagai pasangan pengacara.

Bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam, siaran langsung konsert program itu disiarkan di Astro Ria (saluran 104) setiap hari Ahad, pukul 9 malam mulai 18 September 2022.

Tonton di platform online, On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan alternatif.

Perincian mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022)

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2022 Live + Minggu 4




Hakcipta iluminasi.com (2017)