Oleh pada 19 Sep 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Minggu pertama konsert Gegar Vaganza 9 (GV9) menyaksikan penyanyi Jaclyn Victor yang mempersembahkan medley lagu Di Bawah Pohon Asmara dan Gemilang berada di kedudukan pertama dengan jumlah markah 88.40%.

Penyanyi Singapura, Hazrul Nizam yang mendendangkan Kaulah Segalanya namun, hanya mampu berpuas hati dengan markah terendah yang dicapainya iaitu sebanyak 56.20%.

Episod sulung rancangan realiti nyanyian paling popular ini menyaksikan para peserta membawakan semula lagu-lagu mereka yang pernah dikenali, dalam rendisi terbaru yang lebih segar dan menyengat.

Peserta lain yang tampil menghangatkan lagi pertandingan ialah Shila Amzah, Tomok (New Boyz), Asheed Def Gab C, Bob Yusof (AF2), Fuad Rahman (Singapura), Tom, Pat Candy, Roy Kapilla, Dina Nadzir, Haida Hasnan serta kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim).

GV9 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam disertai juri profesional tetap terdiri daripada maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS selaku ketua juri, dengan dibantu guru vokal Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang. Mereka juga bersama juri jemputan minggu ini iaitu penyanyi Rahimah Rahim yang juga dikenali sebagai Kak Girl.

Berikut adalah senarai markah juri untuk peserta berdasarkan persembahan yang ditampilkan:-

   

gegar vaganza 510

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 9 (2022) Minggu Pertama

1 - Jaclyn Victor (Di Bawah Pohon Asmara & Gemilang) - 88.40%

2 - Shila Amzah (Patah Seribu & Memori Tercipta) - 85.00%

3 - Tomok (Sejarah Mungkin Berulang & Meraung) - 84.10%

4 - Dina Nadzir (Cinta Datang Lagi) - 83.80%

5 - Bob Yusof (Cinta Seorang Teman) - 83.60%

6 - Roy Kapilla (Dikir Rambong) - 70.60%

7 - Pat Candy (Akan Ku Tunggu) - 68.40%

8 - VE (Kerna Sayang & Tunggu) - 67.10%

9 - Haida Hasnan (Hajat) - 65.70%

10 - Fuad Rahman (Bila Rindu) - 63.70%

11 - Tom (Lagu Untuk Kuala Lumpur) - 61.50%

12 - Asheed Def Gab C (Cinta Sakti) - 61.20%

13 - Hazrul Nizam (Kaulah Segalanya) - 56.20%

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 2

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 2

Tiada penyingkiran peserta pada minggu pengenalan ini.

Konsert GV9 yang dihoskan gandingan pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) setiap hari Ahad, pukul 9 malam bermula 18 September 2022, selain boleh didapati menerusi platform On Demand melalui Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk tontonan online.

Perincian tentang format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel berikut: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022)

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2022 Live + Minggu 1




Hakcipta iluminasi.com (2017)