Oleh pada 26 Sep 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

 

Minggu kedua konsert Gegar Vaganza musim ke 9 (GV9) menyaksikan penyingkiran penyanyi Roy Kapilla.

Dengan tema 'Malar Segar Mekar Membara', Roy yang menyanyikan lagu Izinkan Selamanya Namamu Dihati asal nyanyian kumpulan EYE akur dengan markah 53.20%.

Bagaimanapun, penyanyi Tomok (New Boyz) berada di kedudukan pertama minggu ini dengan markah 80.00% berdasarkan persembahan menyengat yang menampilkan lagu Janji Padamu rakaman asal oleh kumpulan Exists.

Lagi peserta yang memanaskan pentas pertandingan ialah Jaclyn Victor, Shila Amzah, Fuad Rahman (Singapura), Tom, Dina Nadzir, Bob Yusof (AF2), Asheed Def Gab C, Pat Candy, Haida Hasnan , Hazrul Nizam (Singapura) dan kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim).

Kesemua bintang itu diadili oleh juri profesional tetap, terdiri daripada maestro muzik Datuk Ramli MS selaku ketua juri, penyanyi lagenda Indonesia Hetty Koes Endang dan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat.

Peserta program realiti itu mengimbau nostalgia kegemilangan dengan lagu-lagu yang berterusan malar segar.

Berikut adalah jumlah markah yang diberikan oleh juri untuk peserta pada minggu ini:-

gegar vaganza 778

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 9 (2022) Minggu Kedua

1. Tomok (Janji Padamu) - 80.00%

2. Hazrul Nizam (Untukmu Ibu) - 79.80%

3. Shila Amzah (Getaran Cinta Di Jiwa) - 78.90%

4. VE (Kasih Berubah) - 74.50%

5. Jac (Gerimis Mengundang) - 74.40%

6. Pat Candy (Makhluk Tuhan Paling Sexy) - 69.30%

7. Bob (Kepulangan) - 64.50%

8. Dina (Ku Teruskan) - 61.40%

9. Asheed Def Gab C (Percayakan Siti) - 60.60%

10. Tom (Kemaafan Dendam Yang Terindah) - 59.90%

11. Fuad Rahman (Suara Cinta) - 57.90%

12. Haida (Di Sebalik Sejuta Wajah) - 57.80%

13. Roy Kapilla (Izinkan Selamanya Namamu Di Hati) - 53.20% (Tersingkir)

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 3

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 3

Sementara Fuad Rahman memenangi Anugerah Next Level Digi, manakala Jaclyn Victor pula dinobatkan Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak.

GV9 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam dihoskan oleh Elly Mazlein dan Danial Zaini yang menggantikan Nabil Ahmad.

Konsert GV9 disiarkan setiap hari Ahad, pukul 9 malam secara langsung di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, GV9 yang bermula pada 18 September 2022 boleh ditonton online di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Butiran tentang format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022)

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2022 Live + Minggu 2




Hakcipta iluminasi.com (2017)