Oleh pada 17 Oct 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Mael Totey The Movie

   

Mael Totey The Movie merupakan sebuah filem Malaysia 2020 arahan youtuber Syahmi Sazli, dibawakan daripada drama pendek 'Mael Totey' yang pernah bersiaran selama lapan episod di saluran Youtube.

Dibintangi Syahmi bersama Asif Suhaimi dan Yoe Parey, filem dengan tagline “Kita lain, mereka sama” ini bakal ditayangkan di saluran Astro First mulai 22 Oktober 2020.

Karya yang memulakan penggambaran pada 12 Julai lalu ini disiapkan dengan perbelanjaan kos sekitar RM400,000.

Terdahulu, Syahmi, Asif dan Yoe Parey mencetuskan fenomena menerusi filem Syif Malam Raya arahan Datuk Profesor Dr A Razak Mohaideen yang memperoleh kutipan lebih RM3 juta dan turut ditayangkan di saluran Astro First.

    

mael totey the movie 50

Kredit foto: Instagram Mael Totey The Movie

    

Sinopsis

Mael, seorang pemuda lurus bendul berhajat memikat gadis jelita idamannya, Yaya.

Namun Yaya mengenakan syarat supaya Mael menguasai Bahasa Inggeris.

Ketika berusaha mempelajari Bahasa Inggeris, tanpa disedari Mael jatuh hati dengan 'teacher' yang mengajarnya.

Berlaku konflik antara Mael, Teacher dan Yaya yang penyelesaiannya mendapat campur tangan daripada empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

    

Baca: Terjawab! Rupanya Ini Maksud Totey Dalam Filem Mael Totey The Movie

   

mael totey 976

Kredit foto: Instagram Mael Totey The Movie

   

Pelakon

Lakonan utama Syahmi Sazli, Asif Suhaimi, Yoe Parey, Emaleen Minhad, Aween Ismail, Wanie Rohaimie, Mohd Yatin dan Bedul. 

Turut dijayakan Daler Yusof, Anissa Faizul, Catriona Ross, Kamarool Yusoff, Aznah Hamid, Husyairi Hussin dan ramai lagi.

   

Baca: Biodata Syahmi Sazli

Baca: Biodata Asif Suhaimi

Baca: Biodata Yoe Parey

Baca: Biodata Aween Ismail

Baca: Biodata Daler Yusuf

Baca: Biodata Anissa Faizul, Isteri Syahmi Sazli

Baca: Biodata Catriona Ross

   

mael totey movie

Kredit foto: Instagram Mael Totey The Movie

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Arahan Syahmi Sazli menerusi produksi Syahmi Sazli Production.

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: OST Mael Totey The Movie | Gadis Kelate (Official Lyric Video) | Poyie Gasi ft, Wanie Rohaimie

    

Tajuk: Gadis Kelate

Penyanyi: Poyie Gasi ft. Wanie Rohaimie

Komposer: Poyie Gasi

Penulis lirik: Poyie Gasi

    

pelakon mael totey the movie

Kredit foto: Instagram Mael Totey The Movie

   

Tarikh Tayangan

Mulai 22 Oktober 2020, tayangan di saluran Astro First (saluran 480) dengan harga langganan RM15 untuk siaran secara berulang-ulang selama 48 jam (2 hari).

    

Cara Langgan Astro First

Selepas memilih filem yang ingin disewa di saluran 480, ikuti langkah-langkah yang dinyatakan di skrin televisyen. Anda perlu mengirimkan kod langganan yang tertera menerusi perkhidmatan SMS atau aplikasi Whatsapp.

   

Kredit video: Official Trailer: Mael Totey The Movie [Astro First 22 Oktober 2020]

    

Sumber:

1. Belum Apa-Apa Sudah 1.2 Juta Tontonan? Teaser & Trailer Mael Totey Buat Peminat Tak Senang Duduk!

2. Nak tahu apa itu 'Totey', tunggu…

3. Syahmi Sazli sedia dikritik

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)