Oleh pada 30 Aug 2020 kategori

          

Jebat (Jebat The Movie) merupakan sebuah filem Malaysia 2020 arahan Khan Mancung (Jamal Khan) dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose.

Naskhah ini merupakan versi filem bagi drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang pernah mencipta fenomena di kalangan peminat drama melayu pada tahun 2013.

Bukan Kerana Aku Tak Cinta adaptasi novel karya E-man Sufi terbitan Pena Creative Sdn Bhd itu meraih jumlah tontonan tertinggi di saluran Astro Mustika. 

Untuk info lanjut mengenai drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, anda boleh baca artikel: Info Dan Sinopsis Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta (Adaptasi Novel)

    

novel jebat

   

Sinopsis

Jebat (Sharnaaz Ahmad) merupakan seorang bekas ketua gangster yang berhijrah dan ingin memulakan hidup baru sebagai seorang penternak ikan.

Hannah Mastura (Nelydia Senrose) pula seorang gadis cantik, bijak dan kaya yang menyimpan perasaan terhadap Jebat selepas melihat sikap tenang, rajin dan baik hati jejaka itu.

Hannah cuba mendapatkan perhatian Jebat meskipun Jebat berasa aneh apabila seorang gadis yang sempurna seperti Hannah berminat ingin mendekati lelaki biasa sepertinya.

Hubungan mereka kemudiannya berakhir di jinjang pelamin.

Percintaan selepas berumah tangga itu bagaimanapun diuji dengan pelbagai dugaan getir apatah lagi selepas Hannah mengetahui tentang kisah silam Jebat.

   

  jebat the movie

     

Pelakon

Gandingan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose.

Lakonan bersama Idris Khan, Sangeeta Krisnasam, Peter Davis, Carmen Soo, Rahim Buang, Louisa Chong dan ramai lagi.

   

Baca: Biodata Sharnaaz Ahmad

Baca: Biodata Nelydia Senrose

Baca: Biodata Idris Khan

     

filem jebat

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Mendapat sentuhan daripada sutradara Jamal Khan yang cukup dikenali menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2 .

Di bawah terbitan produksi Pena Creative Pictures Sdn Bhd.

    

bukan kerana aku tak cinta

   

Tarikh Tayangan

Menemui penonton di pawagam rumah, Astro First (saluran 480) mulai 3 September 2020.

Harga langganan adalah RM15 untuk tayangan secara berulang-ulang selama 48 jam (2 hari).

   

Cara Langgan Astro First

Selepas memilih filem yang ingin dilanggan di saluran 480, ikuti langkah-langkah yang tertera di kaca televisyen. Anda perlu menghantar kod langganan seperti yang dipaparkan di skrin dengan menggunakan perkhidmatan SMS atau aplikasi Whatsapp.

    

Sumber:

1. Selepas 6 Tahun, Sharnaaz & Nelydia Muncul Lagi! Kali Ini Dalam Versi Filem Jebat

2. "Nak Langgan 10 Hari Berturut-Turut" - Baru Keluar Teaser, Tapi Ramai Dah Tak Sabar Nak Tonton Jebat!

3. Astro Gempak

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)