Biodata

Nama penuh: Catriona Norhayati Ross binti Bahrin Ross

Nama popular: Catriona Ross

Tarikh lahir: 2 September 1980

Umur: 39 tahun

Kelahiran: Kelantan, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon dan pengacara

Media sosial: Instagram @catrionabrianross

Fakta Menarik

1. Berdarah kacukan Melayu (ibu) dan Scotland (bapa).

2. Anak sulung daripada tiga adik-beradik. Dua adiknya ialah Fiona Aishah dan Shakirin Alistair.

3. Berkelulusan ijazah sarjana muda dalam jurusan komunikasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2002.

4. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak 1998.

5. Sebelum berlakon, beliau merupakan model dan pengacara.

6. Juga penulis skrip drama televisyen dan buku bersama bapa saudaranya, Razi Rahman yang merupakan penyanyi terkenal era 90-an.

7. Pernah membintangi drama Sephia, Ceplos, Cucu Tauke Beras, Dekatkan Jarak Kita, Rafflesia, Pujaan Hati Kanda dan Aku Cinta Dia. Termasuk filem Chermin dan Qabil Khushry Qabil Igam, serta telefilem Manipulasi.

8. Mendirikan rumah tangga dengan Shaharuddin Mokhtaruddin pada tahun 2009 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sephia Rania, 8; Jammal Raess, 6 dan Edruce Riyadh, 3.

9. Anak keduanya mempunyai masalah Gangguan Spektrum Autistik (Autism Spectrum Disorder-ASD).

10. Pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang nyaris meragut nyawanya di lebuhraya Utara Selatan di mana kereta dinaikinya berlanggar dengan lori. Kejadian pada April 2007 itu menyebabkan Catriona mengalami patah kedua-dua belah kaki dan tangan termasuk kecederaan di bahagian kepala dan badan.

11. Pada Februari 2013, ibunya, Siti Zawiyah Ab. Rahman maut di usia 63 tahun dalam kemalangan di Kilometer 61.8, Lebuh Raya Timur-Barat berhampiran Perhentian Titiwangsa.

Foto

biodata catriona ross pelakon drama pujaan hati kanda 2

biodata catriona ross pelakon drama pujaan hati kanda 3

biodata catriona ross pelakon drama pujaan hati kanda 4

biodata catriona ross pelakon drama pujaan hati kanda 5

biodata catriona ross pelakon drama pujaan hati kanda 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Utusan [1, 2]

4. Pa & Ma

5. Kosmo




Hakcipta iluminasi.com (2017)