Kredit foto: Instagram Aween Ismail

   

Siapa Aween Ismail? Nik Nor Farzuwin Nik Ismail atau nama popularnya, Aween Ismail merupakan salah seorang pelakon yang menjayakan filem Mael Totey The Movie, sebuah karya arahan Youtuber ternama Malaysia, Syahmi Sazli.

Aween merupakan antara bakat kelahiran Dewi Remaja 2018/2019 sebaris dengan Haneesya Hanee, Zeera Azizi, Anna Jobling, Affie Rania dan Arena Iman.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Nik Nor Farzuwin binti Nik Ismail.
  • Menggunakan nama komersial, Aween Ismail.
  • Berumur 22 tahun (2020).
  • Lahir pada 6 Oktober 1998.
  • Berasal dari Kuala Krai, Kelantan.
  • Menetap di Rawang.
  • Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desa 2, Rawang.
  • Menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
  • Kini berkhidmat sebagai jururunding kecantikan, selain model dan pelakon.
  • Namanya mula dikenali selepas terpilih sebagai salah seorang finalis pertandingan Dewi Remaja 2018/2019 (edisi ke-10) yang menobatkannya dengan gelaran Dewi Remaja Inspirasi 2018/2019.
  • Membintangi drama Setelah Terlafaznya Akad dan filem Mael Totey The Movie di bawah arahan Youtuber yang tidak asing lagi, Syahmi Sazli.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @aweenismail sehingga kini mengumpul lebih 48,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Merupakan seorang pesilat. 
  • Pernah membuat kemunculan dalam filem Munafik sebagai pelakon ekstra.
  • Menarik diri ketika minggu ketiga persaingan Dewi Remaja selepas disahkan menghidap apendiks tahap awal.
  • Enggan menjadikan hijab sebagai penghalang untuk bergelar seorang wanita versatil.

   

Foto

aween ismail

aween dewi remaja

syahmi sazli 294

mael totey the movie 822

dewi remaja 2018

aween ismail ig

instagram aween ismail

wikipedia aween ismail

siapa aween ismail

profil aween ismail

Kredit foto: Instagram Aween Ismail

   

Video 

Kredit video: Top 12 Finalis Dewi Remaja: Anna Jobling & Aween

    

Sumber:

1. This Is It, TOP 12 FINALIS DEWI REMAJA 2018/19!

2. “Mungkin Tak Ada Rezeki” – Peserta Dewi Remaja, Aween Ismail Terpaksa Tarik Diri?

3. Finalis Dewi Remaja 2018/19, Aween Ismail Bakal Bintangi Telefilem Mael Totey The Movie

4. Facebook Aween Ismail

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)