Kredit foto: Instagram Yoe Parey

   

Yoe Parey atau nama sebenarnya, Muhammad Ashrul Hakim bin Lukman merupakan antara pelakon yang menjayakan slot Drama Spontan di saluran YouTube milik bintang media sosial, Syahmi Sazli.

Telatah bersahaja Yoe dalam menuturkan dialog secara spontan cukup menghiburkan dan berjaya menceriakan hari netizen, sekaligus melonjakkan popularitinya di platform video popular itu.

   

Biodata Yoe Parey

1. Nama sebenarnya, Muhammad Ashrul Hakim bin Lukman.

2. Menggunakan nama komersial, Yoe Parey.

3. Kelahiran Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1998.

4. Berumur 22 tahun (2020).

5. Laman sosial Instagramnya atas nama @yoe_parey sehingga kini sudah mengumpul lebih 580,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Nama Yoe Parey diilhamkan kerana dirinya yang sering diejek rakan sebaya dengan jolokan 'Yoe Parang'.
  • Selain berlakon, dia juga menyimpan bakat terpendam dalam bidang nyanyian. Gemar memuat naik rakaman nyanyian di Instagram untuk menghiburkan para pengikut.
  • Mempunyai masalah pembelajaran.
  • Mula mengenali Syahmi Sazli selepas youtuber itu melihat aksinya dalam sebuah video live di media sosial.
  • Drama lakonan pertamanya bersama Syahmi adalah menerusi watak inspektor dalam 'Drama Spontan 6' yang sekaligus melonjakkan popularitinya.
  • Berlakon tanpa bekalan skrip, sebaliknya hanya beraksi secara spontan kerana berdepan masalah mengeja sebagaimana rakan gandingannya, Asif.
  • Namanya pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti dan instafamous wanita popular seperti Bella Astillah, Wanie dan Sai.
  • Turut menjana pendapatan dengan mengusahakan gerai pisang goreng yang merupakan perniagaan bersama abangnya.

   

Foto

yoe parey

bocey yoe parey

yoe parey maharaja lawak

yoe parey umur

biodata syahmi sazli 244

yoe parey biodata

siapa yoe parey

biodata asif 710

Kredit foto: Instagram Yoe Parey

   

Video

Kredit video: Kehidupan Yoe Parey Di Kampung

    

Sumber:

1. Trek Selebriti Syahmi Sazli , Yoe Parey Dan Asif

2. Yoe Parey Pelakon Syahmi Sazli Ternyata Adalah..

3. OKU sensasi YouTube [METROTV]

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)