Oleh pada 23 Sep 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Nora Danish

   

Kelaster merupakan sebuah filem komedi seram Malaysia 2020 yang bakal ditayangkan mulai 24 September 2020 di saluran Astro First.

Arahan Razif Ajiboy Rashid ini menggandingkan pelakon Nora Danish, Merqeen dan Achey (Bocey) sebagai teraju utama.

    

filem kelaster

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Sinopsis

Tiga orang pelajar, Ain (Nora Danish), Usop (Meerqeen) dan Zul (Achey) tidak dapat pulang ke kampung halaman dan terkandas di kolej mereka ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sepanjang terperangkap di sana, pelbagai kejadian seram berlaku hingga satu insiden ngeri yang terjadi menyebabkan mereka berasa seperti sedang diperhatikan.

    

kelaster

Kredit foto: Instagram Meerqeen

    

Pelakon

Lakonan utama Nora Danish, Achey dan Merqeen (Hero Remaja 2020).

Turut menampilkan Azhan Rani dan Amyza Aznan.

    

Baca: Biodata Nora Danish

Baca: Biodata Achey

Baca: Biodata Merqeen

Baca: Biodata Azhan Rani

   

kelaster movie

Kredit foto: Instagram Meerqeen

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya terbitan syarikat produksi D Alpha Legacy (M) Sdn Bhd menggunakan khidmat arahan sutradara Razif Ajiboy Rashid.

    

pelakon kelaster

Kredit foto: Instagram Meerqeen

    

Tarikh Tayangan

Ditayangkan di pawagam rumah, Astro First (saluran 480) mulai 24 September 2020 dengan harga RM15 untuk tayangan selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

    

Cara Langgan Astro First

Pilih filem yang ingin disewa di saluran 480, kemudian turuti langkah-langkah yang dinyatakan di kaca televisyen.

Anda dikehendaki menghantar kod langganan seperti yang tertera, sama ada menerusi SMS atau Whatsapp.

   

Kredit video: Trailer Filem Kelaster

    

Sumber:

1. Kelaster, Kisah Seram Pelajar Terperangkap Di Kolej Diganggu Ketika PKP

2. Instagram Astro Gempak

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)