Oleh pada 09 Dec 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Saka Nan Sepi merupakan sebuah filem komedi seram 2020 arahan bersama sutradara Azri Azman dan Razaisyam Rashid.

Filem terbitan Astro Shaw ini menggandingkan barisan pelakon ternama tanah air seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Sherry Alhadad dan Namron.

Menemui peminat filem melayu mulai 10 Disember 2020 di Astro First (saluran 480).

    

saka nan sepi

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Sinopsis

“Saka Yang Mencari Keluarga Angkat”

Othman (Namron) sekeluarga pergi berkhemah di hutan, namun dikejutkan dengan kejadian anaknya, Rozi (Mimi Lana) yang dirasuk.

Mereka sekeluarga segera mendapatkan khidmat seorang bomoh bernama Tok Kassim (Ayie Hushairi Husa) untuk berubat.

Namun setibanya di rumah, Othman, Zaiton (Sherry Al Hadad), Sufian (Syafiq Kyle) dan Rozi mula dihantui dengan kelibat saka.

Dek kerana ketakutan, mereka sekeluarga sentiasa berkumpul bersama tidak kira sama ada waktu makan, tidur atau apa sahaja aktiviti yang dilakukan.

Pun begitu, kehadiran saka itu semakin diterima baik selepas mendapat tahu sifatnya yang lemah lembut, rajin membantu serta takutkan kucing!

Konflik timbul apabila saka yang digelar 'Girlboy' itu hendak dicuri oleh Tok Kassim!

    

saka nan sepi movie

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Pelakon

Gandingan hebat pelakon-pelakon ternama seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Namron, Sherry Al Hadad, Han Zalini dan Ayie Hushairi Husain.

   

Baca: Biodata Syafiq Kyle

Baca: Biodata Mimi Lana

Baca: Biodata Sherry Al Hadad

    

saka nan sepi astro

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya terbitan Astro Shaw daripada hasil kerja produksi, Alpha47 Films.

Garapan pengarah filem Pusaka, Razaisyam Rashid dan Azri Azman.

    

filem saka nan sepi

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Tarikh Tayangan

Tayangan 'saluran pawagam rumah' Astro First (saluran 480) mulai 10 Disember 2020 dengan harga langganan RM15 untuk siaran berulang kali selama tempoh 48 jam (2 hari).

Juga boleh didapati di platform digital - Astro GO atau On Demand.

   

Cara Langgan Astro First

Selepas memilih filem yang ingin dilanggan di saluran 480, ikuti langkah-langkah yang dipaparkan di skrin televisyen.

Kirimkan kod langganan yang dinyatakan dengan menggunakan perkhidmatan SMS atau Whatsapp.

Cara langganan lain menerusi perkhidmatan Astro Go atau On Demand.

   

Kredit video: SAKA NAN SEPI - OFFICIAL TRAILER [HD]

    

Sumber:

1. Rindukan Filem Komedi Seram? Sabar.. Saka Nan Sepi Bakal Temui Penonton 10 Disember Ini!

2. SAKA NAN SEPI - OFFICIAL TRAILER [HD]

3. Astro Gempak

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)